"Fair Land Sarawak" ialah lagu kebangsaan Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kemudian menjadi lagu negeri Sarawak yang pertama apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada 1963), bersama "God Save The King/Queen" dari tahun 1946 (selepas penyerahan) sehingga tahun 1973, di mana ia telah digantikan dengan sebuah lagu baru bertajuk "Sarawak Bahagia".
Penulis liriknya ialah F.C. Ogden.[1] Lagu ini adalah dari sebelumnya "Gone Forth Beyond the Sea", tetapi disemak semula dan diatur oleh George R. K. Freeth pada tahun 1963.[2]
Lirik
Asal
Terjemahan
Fair Land Sarawak
We will never cease to honour thee
and with our loyal sons
Defend your liberty
From your high forest hills,
Down to the open sea
May freedom ever reign
Men live in unity
Proudly our Flag flies high
above our Country strong and free
Long may our People live
in peace and harmony
Sarawak Tanah Airku
Engkau akan kami sanjung
Dengan anakmu yang setia
Akan kami berjuang
Dari bukit-bukau
Hingga ke laut samudera
Semoga terus aman sentosa
Hidup dengan bersatu padu
Berkibarlah oh benderaku
Di negaraku terus teguh dan bebas
Semoga rakyat hidup bersama
Dalam aman dan harmoni
Versi Iban
Versi Iban bagi lagu kebangsaan dikatakan telah digubah oleh Abang Ujai: