Republic F-105 Thunderchief adalah sebuah pesawat pejuang taktikal yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dalam tahun 1960-an. Pesawat ini terlibat dalam pertempuran semasa Perang Vietnam. Jeneral Chuck Horner, pemerintah udara semasa Operasi Desert Storm adalah seorang juru terbang F-105 Thunderchief dan melakukan penerbangan kombat di ruang udara Vietnam.
Latar belakang
Pesawat F-105 Thunderchief merupakan pesawat pejuang satu tempat duduk berenjin satu yang paling besar pernah dibina. Pesawat ini mempunyai ruang simpanan bom yang luas dan mempunyai alur angin masuk berayun ke depan di pangkal sayapnya. Pesawat ini juga merupakan pesawat pejuang jet pertama yang dipasang dengan meriam M61 Vulcan yang berkaliber 20 mm.
Pesawat F-105 Thunderchief bermula dalam tahun 1951 dengan usaha Republic Aviation untuk membangunkan sebuah pesawat pejuang taktikal yang terbang supersonik untuk menggantikan pesawat F-84 Thunderjet. Pada asalnya pesawat F-105 disasarkan untuk melaksanakan misi pengeboman nuklear.
Penerbangan sulung prototaip dibuat pada 22 Oktober1955, dan pesawat pengeluaran pertama dihantar kepada Tentera Udara Amerika Syarikat dalam tahun 1958. 75 buah pesawat F-105B dibina daripada sejumlah besar 833 buah F-105 yang dibina untuk kesemua model. Pengeluaran ditamatkan dalam tahun 1964. Pesawat F-105 berkhidmat sehingga tahun 1982 dengan penerbangan operasi terakhir dalam tahun 1984. Pesawat F-105 boleh mencapai selisih barangkali bulat (circular error probable) sehingga 15 meter daripada ketinggian 4,570 meter menggunakan radar AN/ARN-92.
Perang Vietnam
Pesawat ini diberikan nama jolokan “Thud” dan memikul beban berat semasa Perang Vietnam, menjalani misi pengeboman taktikal dengan baik. Pesawat F-105 menjalankan operasi penyusupan jauh ke kawasan Vietnam Utara merentasi kawasan pertahanan SAM yang padat untuk menggugurkan bom dengan tepat ke atas sasaran.
Pesawat Model D membuat paling banyak operasi menentang Vietnam Utara dan berjaya mencatatkan kemenangan memusnahkan 25 buah pejuang MiG. Model F-105D merupakan versi pelbagai cuaca dan F-105F adalah versi dua tempat duduk. Pesawat F-105G adalah versi "Wild Weasel" dan ditugaskan menjalankan misi penyesakan radar SAM dan memusnahkan kedudukan SAM.
Pesawat F-105 Thunderchief menjadi pesawat utama menjalankan misi serangan darat untuk Tentera Udara A.S, dengan 20,000 penerbangan tempur dilakukan. Sebanyak 334 buah pesawat F-105 musnah sepanjang Perang Vietnam. Dua orang juruterbang F-105 “Wild Weasel” dianugerahkan Medal of Honor.
Selepas Perang Vietnam, pesawat F-105 ditarik keluar daripada perkhidmatan Tentera Udara A.S dan dipindahkan kepada pasukan Pengawal Udara Kebangsaan, namun penggunaan berat pesawat-pesawat ini semasa perang Vietnam telah mengehadkan kegunaan mereka.
Kelainan
F-105B Model pengeluaran asal. 75 buah dibina.
F-105D – model muktamad F-105 Thunderchief, mempunyai keupayaan pelbagai cuaca, 610 buah dibina.
F-105F- Model dua tempat duduk sebagai pesawat latihan, dengan keupayaan tempur sepenuhnya. 143 buah dibina.
EF-105F – model asal Wild Weasel untuk menjalankan misi SEAD; 86 buah dibina.
F-105G – Model Wild Weasel dua tempat duduk untuk misi SEAD, 61 buah diubah suai daripada pesawat EF-105F dan F-105F.
^Knaack, Marcelle Size. Encyclopedia of US Air Force Aircraft and Missile Systems: Volume 1, Post-World War II Fighters, 1945-1973. Washington, DC: Office of Air Force History, 1978. ISBN 0-912799-59-5.
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!