Dua peta Eropah di bawah Empayar Uthmaniyyah. Peta pertama menunjukan wilayah dan diperincikan sebagai "Beylerbeylik", manakala peta kedua memperincikan ia sebagai "Pashalik"
Eyalet atau iyalah (Turki Uthmaniyah: ایالتcode: ota is deprecated serapan Arab: إِيَالَة, rumi: iyālahcode: ar is deprecated seakar أَوَّل awwal "mula, pertama" dan آلَ āla "merujuk kepada"[1]) juga dikenali sebagai beylerbeylik atau pashalik, merupakan divisyen pentadbiran utama di dalam Empayar Uthmaniyyah.
Bermula pada tahun 1453 sehingga permulaan kurun ke-19, kerajaan tempatan Uthmaniyah distruktur secara longgar.[2] Asalnya, empayar dipecahkan kepada beberapa wilayah yang dipanggil eyalet, diketuai oleh seorang Pasha.[2]Wazir Besar bertanggungjawap untuk mencalonkan para pegawai tertinggi Eyalet, kedua-duanya di ibu negara dan wilayah.[2] Antara tahun 1861 hingga 1866, sistem Eyalet ini dimansuhkan, dan wilayah dibahagikan bagi tujuan pentadbiran kepada Vilayet.[2]
Rujukan
^Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 19–20. ISBN967-65-7321-3.