Eufemisme atau bahasa halus merujuk kepada pengunaaan perkataan atau ungkapan menggantikan perkataan asal di mana keadaan biasa yang membenarkan penungkapan sedemikian boleh menyebabkan pembaca atau pendengar disasarkan tersinggung atau merasa tidak senang.[1] Sesetengah perbahasaan halus ini bertujuan untuk menghiburkan, sementara yang lain menggunakan hambar, istilah-istilah yang tidak penting untuk konsep yang ingin dikalahkan oleh pengguna.
Pengunaan bahasa halus ini boleh digunakan untuk mengelakkan atau menyembunyikan perkataan berkaitan benda yang dianggap kotor atau berpantang (misalnya kecacatan, jantina, perkumuhan atau kematian) dengan cara yang sopan.[2]
Contoh
Melibatkan hal kebersihan
Perkataan yang merujuk kepada najis sering dielakkan daripada diungkapkan dengan perkataan asasnya secara terus agar lebih sopan:
"tahi" dan "berak" kurang digunakan lalu digantikan dengan "air besar".[3] Perkataan "tinja" dan "najis" sendiri boleh digunakan dalam konteks saintifik.
"air kencing" lebih digantikan atau dihaluskan maknanya dengan "air kecil"[4] atau "air seni".\
Perempuan yang mengalami penurunan darah haid dalam tempoh sebulan boleh dikatakan "datang bulan"[5] ataupun "cuti" (sekiranya perbualan melibatkan kegiatan agama yang dilonggarkan keadaan sedemikian.
Melibatkan keadaan diri
Perempuan yang hamil boleh juga dikatakan "berbadan dua" atau "mengandung".
Lihat juga
Bahasa istana - laras bahasa dipakai semasa bersama kerabat diraja yang juga sejenis bahasa halus
Benveniste, Émile, "Euphémismes anciens and modernes", in: Problèmes de linguistique générale, vol. 1, pp. 308–314. [originally published in: Die Sprache, I (1949), pp. 116–122].