Ethnologue: Languages of the World adalah sebuah penerbitan berasaskan web yang mengandungi perangkaan bagi 7,105 bahasa dan dialek dalam edisi ke-17, diterbitkan pada tahun 2013.[1] Sehingga edisi ke-16 pada tahun 2009 , penerbitannya itu adalah bentuk bercetak. Ethnologue menyediakan maklumat mengenai bilangan penutur, lokasi, dialek, gabungan bahasa, adanya Alkitab dalam bahasa itu, dan anggaran daya maju bahasa menggunakan EGIDS.[2] Sehingga Julai 2013, ia adalah katalog bahasa yang paling menyeluruh dan mudah, sungguhpun ada maklumat yang luput atau palsu. Satu projek dengan matlamat yang sama yang masih dalam pembangunan adalah Linguasphere Observatory Register.
William Bright, ketika itu merupakan pengarang bagi Language: Journal of the Linguistic Society of America, menulis mengenai Ethnologue bahawa ia penting bagi sebarang para rujukan mengenai bahasa di dunia."[3] Pihak yang lain pula telah mengkritik kualiti data dan menunjukkan kesilapan. Sebagai contoh, rujukan silang boleh memaut ke rujukan kod ISO 639 yang salah, manakala pokok keluarga adalah dijanakan secara automatik, menyebabkan lata cladistic bermasalah yang boleh mengherot hubungan bahasa.
^Lewis, M. Paul & Gary F. Simons. 2010. Assessing Endangerment: Expanding Fishman’s GIDS. Revue Roumaine de linguistique 55(2). 103–120. Online versionDiarkibkan 2015-12-27 di Wayback Machine
^Bright, William. 1986. "Book Notice on Ethnologue", Language 62:698.
^Lewis, Paul (21 Februari 2015). "Welcome to the 18th edition!" (dalam bahasa Inggeris). Ethnologue. Dicapai pada 28 April 2015.
^Glottolog 2.3 (dalam bahasa Inggeris). Glottolog.org. 1969. Dicapai pada 13 Julai 2014.
^Glottolog 2.3 (dalam bahasa Inggeris). Glottolog.org. 1974. Dicapai pada 13 Julai 2014.
^Barbara F. Grimes; Richard Saunders Pittman; Joseph Evans Grimes, penyunting (1974). Ethnologue (dalam bahasa Inggeris). Wycliffe Bible Translators. Dicapai pada 13 Julai 2014.
^Glottolog 2.3 (dalam bahasa Inggeris). Glottolog.org. 1978. Dicapai pada 13 Julai 2014.
^Glottolog 2.3 (dalam bahasa Inggeris). Glottolog.org. 1984. Dicapai pada 13 Julai 2014.
^Glottolog 2.3 (dalam bahasa Inggeris). Glottolog.org. 1988. Dicapai pada 13 Julai 2014.