Eternals adalah sebuah filem adiwira Amerika Syarikat 2021 berdasarkan watak Marvel Comics, Eternals. Diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures, ia merupakan filem ke-26 dalam francais Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Chloé Zhao, dengan lakon layar oleh Kaz dan Ryan Firpo. Dibintangi oleh Richard Madden, Gemma Chan, Kumail Nanjiani, Lauren Ridloff, Brian Tyree Henry, Salma Hayek, Lia McHugh, Don Lee, Barry Keoghan, Angelina Jolie dan Kit Harington.
Pada April 2018, presiden Marvel Studios Kevin Feige mengumumkan bahawa filem berdasarkan Eternals telah memulakan perkembangan, dengan Matthew dan Ryan Firpo disewa untuk menulis naskah untuk projek itu pada Mei 2018. Menjelang akhir September, Marvel telah mengupah Zhao untuk mengarahkan filem. Fotografi utama bermula pada Julai 2019, dengan lokasi termasuk Pinewood Studios, London dan Oxford di England, dan Kepulauan Canary, yang berlangsung sehingga Februari 2020.
The Eternals dijadualkan untuk tayangan di Amerika Syarikat pada 5 November 2021, sebagai sebahagian daripada Fasa Empat MCU.[3]
Ringkasan
Selepas tragedi yang tidak dijangka berikutan peristiwa Avengers: Endgame (2019),[4] Eternals, bangsa alien abadi yang dicipta oleh Celestial yang diam-diam tinggal di Bumi selama lebih dari 7000 tahun-menyatukan semula untuk melindungi manusia daripada rakan-rakan jahat mereka, Deviants.
Selain itu, Haaz Sleiman memegang watak suami Phastos.
Keluaran
Eternals dijadualkan akan ditayangkan di Amerika Syarikat pada 5 November 2021. Sebelum ini dijadualkan tayangan pada 6 November 2020, sebelum beralih ke 12 Februari 2021, dan kemudian ke tarikh November 2021, akibat pandemik COVID-19.[3]