Erma Fatima

Erma Fatima
Kelahiran
Fatimah binti Rahmad Ali

(1968-03-14) 14 Mac 1968 (umur 56)
Nama lainErma Fatima
PekerjaanPelakon, pengarah, penerbit, penerbit televisyen, penulis skrip
Tahun aktif1986–kini
PasanganBade Hj. Azmi (k. 1991; c. 2017)
Anak-anak5 anak angkat
1 anak kandung
SaudaraUmie Aida (adik)
Betty Rahmad (adik)

Fatimah binti Rahmad Ali (lahir 14 Mac 1968), dikenali dengan nama pentasnya, Erma Fatima merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).

Kehidupan dan kerjaya

Beliau dilahirkan sebagai Fatimah binti Rahmad Ali pada 14 Mac 1968 di Kuala Lumpur dan mempunyai adik-beradik seramai enam orang, adiknya Umie Aida juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Beliau mula diperkenalkan menerusi filem Rozana Cinta 87 yang diterbitkan pada tahun 1987. Beliau konsisten dalam setiap lakonan yang dibawanya. Filem pertama arahan beliau ialah Jimi Asmara lakonan Hani Mohsin. Beliau juga mencipta sejarah apabila menerima anugerah Pengarah Terbaik di Festival Filem Seoul, Korea Selatan. Beliau masih lagi aktif berlakon dan mengarah drama di samping filem. Antara karya arahan beliau termasuklah Diva Popular, Tahajjud Cinta, Dejavu di Kinabalu dan Kau Yang Terindah.

Beliau berkahwin dengan pengarah filem terkenal, Bade Hj. Azmi pada 30 November 1991 dan memiliki lima orang anak angkat. Pada 19 Ogos 2017, pasangan ini bercerai secara rasmi.[1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Catatan
Pengarah Penulis Pelakon
1986 Hantu Siang Tidak Tidak Ya Aton Filem lakonan pertama
1987 Rozana Cinta 87 Tidak Tidak Ya Nomi
Puteri Tidak Tidak Ya Pam@Pamela
Kepala Angin Tidak Tidak Ya Ema
1988 Dendang Remaja Tidak Tidak Ya
Anak Sarawak Tidak Tidak Ya
1989 Kolej 56 Tidak Tidak Ya Zuraidah
Pelumba Malam Tidak Tidak Ya Tini
Tuah Tidak Tidak Ya Shahira
1990 Hati Bukan Kristal Tidak Tidak Ya Michelle
Riang Tirana Tidak Tidak Ya Riang Tirana
1991 Bintang Malam Tidak Tidak Ya Shima / Kartini
1992 Syahadat Tidak Tidak Ya Saleha
XX Ray Tidak Tidak Ya Makhluk UFO Penampilan khas
1993 Pemburu Bayang Tidak Tidak Ya Faridah
1994 Fantasi Tidak Tidak Ya Nora
Femina Tidak Tidak Ya Kartina
1995 Putera Tidak Tidak Ya Noraini
Jimi Asmara Ya Tidak Tidak Filem arahan pertama, juga sebagai penerbit
1998 Puteri Impian 2 Tidak Tidak Ya Pelakon undangan
1999 Perempuan Melayu Terakhir Ya Tidak Tidak Sebagai penerbit
2001 Lagi-Lagi Senario Tidak Tidak Ya Fatima Rahmad Penampilan khas
2002 Embun Ya Ya Tidak
2003 Laila Isabella Tidak Tidak Ya Kak Bell
Janji Diana Tidak Tidak Ya Anita
2004 Buli Tidak Tidak Ya Pengarah filem Pancutan Terakhir Penampilan khas
Bintang Hati Tidak Tidak Ya Dirinya sendiri
Cinta Luar Biasa Tidak Tidak Ya Cik Lulu
2006 Castello Tidak Tidak Ya Ibu Adi Penampilan khas
Diva Popular Ya Ya Ya
2008 Apa Kata Hati? Tidak Tidak Ya Lala Pelakon undangan
2012 Azura Tidak Tidak Ya Yusni
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Tidak Tidak Ya Datin Noor
2016 Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng! Ya Ya Tidak
TBA Mak Cun The Movie Ya Ya Ya Mak Cun

Drama

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pengarah Penulis Pelakon
2000 Salam Taj Mahal Tidak Tidak Ya TV3
1999 Romeo & Juliet Tidak Tidak Ya
2010 Janji Kekasih Tidak Tidak Ya Hajjah Hashimah
2011 Tahajjud Cinta Ya Tidak Ya Ustazah Hamani
2012 Dejavu di Kinabalu Ya Ya Tidak
Kau Yang Terindah Ya Ya Tidak
2013 Sangkar Tidak Ya Ya Zainah TV9
Demi Dia Tidak Tidak Ya Mak Su TV3
2014 Kalimah Jiwa Tidak Ya Tidak
2014–2018 Mak Cun Tidak Tidak Ya Mak Cun
2015 Ajaibnya Cinta Tidak Tidak Ya
2016 Rumi & Jawi Tidak Ya Tidak Astro Prima
2021 Lockdown Tidak Ya Tidak Astro Ria
Diva Popular Tidak Tidak Ya Datuk Rona Di Alfonso Di Al Bukhari Awesome TV
Diva Popular 2 Tidak Tidak Ya
2022 Lockdown 2 Tidak Ya Tidak Astro Ria
2023 FYP: Famili Yang Popular Ya Tidak Tidak Astro Ceria
Perempuan Itu Tidak Ya Ya Ibu Kartika Tonton Penampilan khas
Kami Orang KL Tidak Ya Tidak TV3
2024 Terlanjur Cinta Tidak Ya Tidak Viu
Lelaki Itu Tidak Ya Ya Peguam Khairullah TV3 Penampilan istimewa
Lelaki Melayu Terakhir Tidak Ya Tidak

Telefilem

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Watak Saluran TV Catatan
Pengarah Pelakon
1990 Amira Tidak Ya Amira TV1
Tuhan Sayang Padamu Tidak Ya Asmah
1994 Pengantin Popular Tidak Ya VCD
Ratu Jamu Ya Tidak TV3
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Tidak Ya Farina
1997 Jangan Ya Tidak TV1
1999 Daerah Shafika Ya Tidak
2002 Tarantula Tidak Ya TV3
2011 Ohhh Harammm Ya Tidak
2014 Spain Uoolss Tidak Ya Mak Cun
2015 Sawadeeka - Mak Cun Tidak Ya
2016 Mak Cun Pi New York Ya Ya
2017 Pesan Dari Tuhan Ya Tidak TV2
Asam Pedas Pewitt Tidak Ya TV3
Teater Mak Cun - D'Walei Ya Ya Mak Cun
Raya Sakan Mak Cun Ya Ya Rancangan khas
Mak Cun Pi Lombok Tidak Ya
2018 Mak Cun Pi Amerika Lagi Tidak Ya
2020 Mak Cun - Anjung Orang KIta Tidak Ya
TBA Mak Cun Raya KL Tidak Ya

Anugerah dan penghargaan

Setakat ini, beliau meraih empat anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), tiga Anugerah Skrin dan satu Anugerah Profima. Pada tahun 2003, filem arahan beliau, Embun tewas kepada filem arahan suaminya, KL Menjerit dalam kedua-dua anugerah berprestij iaitu anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) dan Anugerah Skrin masing-masing untuk kategori pengarah terbaik dan filem terbaik.

Festival Filem Malaysia
Tahun Filem Kategori/Anugerah Hasil
1987 Puteri Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1990 Hati Bukan Kristal Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
1992 Syahadat Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Bintang Malam Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Menang
1994 Femina Pelakon Wanita Terbaik FFM Menang
Fantasi Pelakon Wanita Terbaik FFM Tercalon
Pemburu Bayang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM Tercalon
2000 Perempuan Melayu Terakhir Pengarah Terbaik Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-7 Menang
2003 Embun Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Anugerah Skrin
Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil Catatan
1995 Ratu Jamu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Aku Anak Siapa Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Masih Ada Harapan Aktres Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
2009 Tersasar Di Jalanmu Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Menang
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2011 Airmata Nur Salina Pengarah Terbaik Anugerah Skrin Tercalon
Lakon TV Terbaik Anugerah Skrin Menang
2015 Sawadeeka Mak Cun Persembahan teater
2017 Pesan Dari Tuhan Drama Terbaik Menang
Anugerah PROFIMA
Tahun Judul Kategori/Anugerah Hasil
2011 Tahajjud Cinta Pengarah Terbaik Anugerah Profima[2] Menang
2016 Rumi & Jawi[3]
Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Versatil Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!