Bagi surat khabar Yunani abad ke-18, lihat Efimeris.
Dalam astronomi dan pandu arah samawi, efemeris memberikan kedudukan objek astronomi yang terjadi secara semula jadi serta satelit buatan di langit pada masa tertentu. Dahulu, kedudukan diberikan sebagai jadualnilai, diberikan pada jea nalar bagi tarikh dan masa. Efemeris moden kerap terkomput secara elektronik daripada model matematik bagi pergerakan objek astronomi dan Bumi. Sungguhpun penghitungan jadual ini merupakan salah satu daripada gunaan pertama komputer mekanikal, efemeris tercetak masih dikeluarkan, kerana berguna apabila peranti pengkomputan tidak tersedia.
Efemeris digunakan dalam pandu arah samawi, astronomi dan astrologi. Ahli nujum biasanya mempunyai keperluan berlainan daripada ahli astronomi, contohnya, penghitungan aspek astrologi, dan boleh menghasilkan efemeris yang khas untuk bidang sendiri.