Dato' Haji Dusuki bin Haji Ahmad (lahir 1941) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang kini menyandang sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO.[1] Beliau pernah menyandang sebagai Ahli Parlimen Tumpat selama dua penggal mewakili Barisan Nasional dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia[2].
Keluarga
Dusuki ialah anak kepada pasangan ilmuwan Islam. Bapanya ialah Tuan Guru Haji Ahmad bin Ismail Batu Tiga, manakala ibunya ialah Hajah Khadijah anak perempuan kepada ulama Kelantan, Tok Selehor. Salah seorang anak Dusuki ialah tokoh politik Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Anugerah dan pengikirafan
Darjah kebesaran
- Pahang: Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P.) - Dato' (1985).
- Malaysia: Johan Mangku Negara (J.M.N.) - 1991
Rujukan