Draco (cicak)

Draco
D. taeniopterus setengah terbang, di Pulau Bulon, Thailand
D. spilonotus jantan mengembangkan gelambir (lipatan tengkuk) dan patagium ("sayap") di Sulawesi, Indonesia
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Iguania
Keluarga: Agamidae
Subkeluarga: Draconinae
Genus: Draco
Linnaeus, 1758
Spesies

41 spesies (lihat teks)

Draco ialah genus cicak agamid[1] yang dikenali sebagai cicak terbang, cicak kubin, cicak kubung, cekibar atau bidadari. Cicak ini mampu terbang meluncur menggunakan membran yang boleh dikembangkan membentuk sayap (patagium), yang terbentuk daripada set rusuk yang membesar. Ia pemakan serangga arboreal.

Walaupun tidak mampu terbang dengan kuasa sendiri, cicak ini sering mendapatkan daya angkat semasa meluncur. Luncuran sejauh 60 m (200 ka) pernah direkodkan, di mana haiwan ini kehilangan ketinggian hanya 10 m (33 ka), memberikan nisbah luncuran sebanyak 6:1. Ia hanya dicapai oleh cicak yang berkepanjangan penuh sekitar 20 cm (7.9 in), termasuk ekor.[2] Ia ditemui di seluruh Asia Tenggara dan India Selatan, dan agak biasa di habitat seperti hutan, kebun pinang, ladang jati dan belukar.

Sejarah penemuan

Rangka Draco

Carl Linnaeus menghuraikan genus ini pada 1758, dengan spesies jenisnya ialah Draco volans. Nama genus ini berasal daripada istilah Latin untuk naga dalam mitologi. Pada awal dan pertengahan abad ke-20, terdapat kontroversi mengenai kemampuan meluncur mereka, dengan beberapa penulis mencadangkan bahawa patagium ini hanya digunakan untuk pajangan. Namun, penyelidikan pada akhir 1950-an dengan kukuh membuktikan fungsi meluncur patagium tersebut.[3]

Taburan

Spesies Draco tersebar luas di hutan-hutan Asia Tenggara, dengan satu spesies, Draco dussumieri, terdapat di India Selatan.[4]

Filogenetik

Dalam Agamidae, Draco merupakan ahli subkeluarga Draconinae. Dalam Draconinae pula, Draco mempunyai hubungan paling rapat dengan genus Japalura dan Ptyctolaemus.[5]

Spesies

D. dussumieri jantan menunjukkan diri kepada betina dengan mengembangkan gelambir, dari Dandeli, India
Saiz D. quinquefasciatus berbanding dengan tangan manusia, dari Sarawak, Malaysia
D. dussumieri yang sangat samar dari Taman Negara Bandipur, India

Kesemua 41 spesies berikut telah diakui:[1][6]

Rujukan

  1. ^ a b Templat:NRDB genus
  2. ^ Piper, Ross (2007). 'Extraordinary Animals: An Encyclopedia of Curious and Unusual Animals'. Santa Barbara, California: Greenwood Press[meragukan ].
  3. ^ McGuire, J. A.; Dudley, R. (2011-07-28). "The biology of gliding in flying lizards (genus Draco) and their fossil and extant analogs". Integrative and Comparative Biology. 51 (6): 983–990. doi:10.1093/icb/icr090. PMID 21798987.
  4. ^ Honda, Masanao; Ota, Hidetoshi; Kobayashi, Mari; Nabhitabhata, Jarujin; Yong, Hoi-Sen; Hikida, Tsutomu (June 1999). "Phylogenetic Relationships of the Flying Lizards, Genus Draco (Reptilia, Agamidae)". Zoological Science (dalam bahasa Inggeris). 16 (3): 535–549. doi:10.2108/zsj.16.535. hdl:2241/104136. ISSN 0289-0003. S2CID 59043102.
  5. ^ Wang, Kai; Che, Jing; Lin, Simin; Deepak, V; Aniruddha, Datta-Roy; Jiang, Ke; Jin, Jieqiong; Chen, Hongman; Siler, Cameron D (2019-01-01). "Multilocus phylogeny and revised classification for mountain dragons of the genus Japalura s.l. (Reptilia: Agamidae: Draconinae) from Asia". Zoological Journal of the Linnean Society. 185 (1): 246–267. doi:10.1093/zoolinnean/zly034. ISSN 0024-4082.
  6. ^ "Draco ". Dahms Tierleben. www.dahmstierleben.de.
  7. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2011). The Eponym Dictionary of Reptiles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. xiii + 296 pp. ISBN 978-1-4214-0135-5. (Draco beccarii, p. 21).

Bacaan lanjut

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!