Dora the Explorer adalah serial animasi televisi anak-anak pendidikan dari Amerika Syarikat-Kanada saluran Televisyen kabelNickelodeon dan Treehouse TV. Episode percubaan disiarkan pada tahun 1999 dan menjadi siri tetap mulai tahun 2000. Siri ini dibuat oleh Chris Gifford, Valerie Walsh, Eric Weiner, Douglas Hansen, Mike Young, Steven Comeau, Jamie Piekarz, and Kay Wilson Stallings.
Dora, watak utama siri ini, adalah seorang gadis kecil yang baik hati dan senang menjelajah. Ia selalu ditemani oleh Boots, seekor monyet. Mereka berdua menjelajah untuk membantu seorang teman atau mencari sesuatu yang mereka perlukan. Arah penjelajahan mereka biasanya dibimbing oleh peta yang saat tidak digunakan tersimpan dalam beg milik Dora. Selain peta, di dalam beg Dora juga terdapat pelbagai benda yang diperlukan dalam penjelajahan mereka. Sepanjang perjalanan mereka akan dibantu oleh beberapa teman yang akan membantu, seperti keluarga dan saudara Dora, juga binatang-binatang, tumbuhan, atau benda yang boleh bercakap lainnya. Satu-satunya yang sering menyekat perjalanan mereka adalah Swiper, seekor musang. Ia suka mencuri barang-barang yang diperlukan dalam perjalanan.
Dalam penjelajahannya, Dora banyak mengajak penonton untuk "turut" membantunya, seperti mengajak anak-anak yang menjadi penontonnya untuk menjawab pertanyaan Dora, membantu mengira, memilih jalan atau benda yang mereka perlukan daripada beberapa alternatif pilihan, mencari benda yang tersembunyi, atau memperingatkan bila Swiper mendekat. Penyertaan disambung dengan munculnya anak panah menyerupai penunjuk tetikus dalam komputer, sehingga penonton seolah-olah boleh melakukan pilihan atau menunjuk sesuatu.
Pada akhir perjalanan, ketika tujuan mereka sudah tercapai, Dora biasanya merayakan kejayaannya dengan menyanyikan lagu kejayaaan. Dora pun akan bertanya pada penonton bahagian mana daripada perjalanannya yang paling disukai.
Dora the Explorer sangat berjaya sehingga sudah menghasilkan $1 juta hanya dalam penjualan tahun 2004 saja.
Di saluran televisyen Malaysia siri ini disiarkan dalam Versi Bahasa Melayu di TV9. Dalam beberapa episodnya, untuk versi bahasa Melayu dimasukkan beberapa perkataan dalam Bahasa Inggeris, sehingga siri ini sering dijadikan bahan untuk mempelajari bahasa tersebut.