Domino's Pizza, Inc.,[6] atau dijenamakan sahaja sebagai Domino's, ialah rantaian restoran piza Amerika yang ditubuhkan pada 1960. Ibu pejabatnya terletak di Domino's Farms Office Park di Ann Arbor, Michigan.[3][5] Pada Februari 2018, ia menjadi penyedia piza paling terlaris di serata dunia dari segi jualan.[7]
Pentadbiran korporat
Pengurusan Domino's diketuai oleh CEO Richard Allison. Ketua Eksekutif sebelumnya ialah Dave Brandon kekal sebagai Pengerusi.[8] Di antara 11 naib presiden eksekutif ialah Jeffrey Lawrence, CFO; Tom Curtis, Team USA; Scott Hinshaw, Franchise Operations and Development; dan Kevin Morris, General Counsel.[9] Operasi Domino's diperhatikan lembaga pengarah yang diketuai oleh Brandon. Ahli lembaga lain termasuk Allison, Andy Ballard, Andrew Balson, Diana Cantor, Richard Federico, James Goldman, Corie Sue Barry dan Patricia Lopez.[10]
Pada 1 Julai 2018, Allison, presiden terdahulu bagi perniagaan antarabangsa di Domino's, menggantikan Doyle sebagai CEO.
Domino's Pizza di Malaysia
Domino's Pizza mempunyai lebih kurang 300 cawangan di seluruh Malaysia yang merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Domino's cawangan dibina di negeri Sarawak akan datang 2022. Operasi Domino's di Malaysia diuruskan oleh Dommal Food Services Sdn. Bhd.[11]