Deodoran (Jawi: ديودورنcode: ms is deprecated ) dipakai pada badan untuk mencegah penularan bau badan hasil pemguraian perpeluhan oleh bakteria di lipatan ketiak, kaki, dan bahagian badan yang lain. Produk ini datang dalam pelbagai jenis bergantung dari negara ke negara - deodoran berasaskan krim, gosokan mahupun semburan aerosol digemari di Eropah manakala deodoran berasaskan pepejal atau gel lebih didapati di Amerika Utara.[perlu rujukan]
Komposisi
Deodoran sering berasaskan alkohol yang berperanan menyingkirkan bakteria selama tempoh tertentu. Bahan-bahan aktif lain termasuk natrium stearat, natrium klorida dan alkohol stearil. Ia juga boleh dirumuskan dengabn bahan antimikroba lain seperti triklosan yang merencatkan pertumbuhan bakteria atau sebatian seperti EDTA. Wangian atau minyak pati semulajadi juga ditambah bagi menyembunyikan bauan hasil perpeluhan.
^Everts, Sarah (2 Julai 2012). "Deodorants & Antiperspirants". cen.acs.org. 90 (27). Dicapai pada 3 April 2018. More than one of |work= dan |website= specified (bantuan)
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!