Artikel ini adalah mengenai demografi penduduk Oman termasuk kepadatan penduduk, etnik, tahap pendidikan, kesihatan penduduk, status ekonomi, pertalian agama dan aspek lain penduduk.
Kira-kira 50% daripada penduduk di Oman tinggal di Masqat dan dataran pantai Batinah di barat laut ibu negara; kira-kira 200,000 tinggal di wilayah Dhofar (selatan); dan kira-kira 30,000 tinggal di Semenanjung Musandam yang terpencil di Selat Hormuz.
Sejak 1970, kerajaan telah memberikan keutamaan yang tinggi kepada pendidikan untuk membangunkan tenaga kerja domestik, yang dianggap oleh kerajaan sebagai faktor penting dalam kemajuan ekonomi dan sosial negara. Pada 1986, universiti pertama Oman, Universiti Sultan Qaboos, dibuka. Institusi pasca menengah lain termasuk sekolah undang-undang, kolej teknikal, institut perbankan, kolej latihan guru dan institut sains kesihatan. Kira-kira 200 biasiswa diberikan setiap tahun untuk belajar di luar negara.