De Havilland Canada DHC-3 Otter merupakan kapal terbang STOL, berkipas, sayap di atas, berenjin satu yang dibangunkan oleh de Havilland Canada. Ia direka agar mampu beroperasi dalam peranan yang sama dengan Beaver yang lebih awal dan berjaya, tetapi keseluruhannya merupakan kapal terbang yang lebih besar.
Operasi
Kelainan
DHC-3 Otter : Kapal terbang pengangkut utiliti STOL enjin tunggal.
CSR-123 Otter : Kapal terbang pengangkut utiliti STOL bagi Pasukan Udara DiRaja Kanada.
YU-1 Otter : Enam kapal terbang ujian bagi Tentera Darat Amerika Syarikat.
U-1A Otter : Kapal terbang pengangkut utiliti STOL bagi tentera Amerika Syarikat.
UC-1 Otter : Kapal terbang pengangkut utiliti STOL bagi Tentera Laut Amerika Syarikat. Kemudian dinamakan semula sebagai U-1B Otter pada 1962.
DHC-3-T Turbo-Otter : Otter dipasang enjin turboprop 494-kW (662-hp) PT6A-27.
Royal Australian Air Force - Dua Otters (RAAF siri A100-1 dan 2) berkhidmat dengan RAAF dari 1961 hingga 1967. Kapal terbang ini digunakan bagi tugas mengangkut penumpang dan barangan di Weapons Research Establishment, Woomera, Australia Selatan.
Hayes, Karl E. DHC-3 Otter - A History (CD-ROM). Crakaig, Killiney Hill Road, Killiney, Co. Dublin, Ireland: Karl E. Hayes Publisher, 2006. (also available via CANAV Books, Toronto)
Hotson, Fred W. The de Havilland Canada Story. Toronto: CANAV Books, 1983. ISBN 0-07-549483-3.
Michell, Simon. (ed.). Jane's Civil and Military Aircraft Upgrades 1994-95. Coulsdon, UK:Jane's Information Group, 1994. ISBN 0-7106-1208-7.