Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia (The Most Honorable Order of the Crown of Johor) dizahirkan pada 31 Julai 1886, bersamaan 29 Syawal 1303 Hijrah dengan cogan kata “Kepada Allah Berserah” (Unto God Resigned). Cogan kata ini menunjukkan hasrat Sultan Abu Bakar mengutamakan ajaran Islam dan membuat sesuatu pekerjaan dengan ikhlas untuk Allah SWT.
Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia mempunyai tiga pangkat.[1]
Senarai
Pangkat Pertama
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin [Nama penerima]. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pangkat Kedua
Penerima darjah kebesaran ini membawa gelaran Dato' bagi lelaki dan Datin Paduka bagi wanita. Isteri penerima pula bergelar Datin [Nama penerima]. Tiada gelaran bagi suami penerima.
Pangkat Ketiga
Penerima tidak membawa sebarang gelaran.
Rujukan
- ^ "Darjah Kebesaran". Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor. Dicapai pada 19 Januari 2021.