Daewoo (Hangul: 대우, Hanja: 大宇, secara harfiah "Great Woo", sempena nama pengasas dan pengerusi pertama Kim Woo-jung) atau Daewoo Group merupakan konglomerat Korea Selatan dan pengeluar kereta.[1]
Ia diasaskan pada 22 Mac 1967 sebagai Daewoo Industrial dan diisytiharkan muflis pada 1 November 1999. Sebelum krisis kewangan Asia, Daewoo merupakan konglomerat kedua terbesar di Korea selepas Kumpulan Hyundai, diikuti oleh LG dan Samsung. Terdapat kira-kira 20 bahagian di bawah Kumpulan Daewoo, beberapa daripadanya masih hidup sebagai syarikat bebas.[2][3]