Daerah Tutong ialah salah satu dari empat daerah di Brunei. Ia terletak di antara Daerah Belait di sebelah barat, dan Daerah Brunei-Muara serta Daerah Limbang dalam Sarawak, Malaysia di sebelah timur. Daerah Tutong mempunyai keluasan 1,166 kilometer persegi (450 batu persegi) dan mempunyai penduduk seramai 49,438 pada tahun 2016.[3][4] Pekan Tutong ialah petempatan utama dan satu-satunya pekan di daerah ini.
Pentadbiran
Daerah Tutong dibahagikan kepada 8 mukim,[6] iaitu:
Setiap mukim pula dibahagikan kepada beberapa kampung. Jabatan Perkhidmatan Pos merekodkan jumlah keseluruhan 82 buah kampung dalam Daerah Tutong.[6]
Rujukan
Pautan luar