Commerzbank-Arena |
---|
|
Nama lama | Waldstadion (1925-2005) FIFA World Cup Stadium, Frankfurt (2006 FIFA World Cup) |
---|
Lokasi | Frankfurt, Hesse Jerman |
---|
Dibina | 1925 |
---|
Dibuka | May 21, 1925 |
---|
Diubahsuai | 1937, 1953, 1974, 2005 |
---|
Pemilik | Waldstadion Frankfurt Gesellschaft für Projektentwicklung |
---|
Pengendali | Stadion Frankfurt Management GmbH |
---|
Permukaan | Grass |
---|
Kos pembinaan | € 150 million[1] |
---|
Arkitek | Gerkan, Marg & Partner[2] Max Bögl[3] |
---|
Kapasiti | bola sepak: 52,300 (9,300 standing) American football: 48,000 Konser: 55,000 |
---|
Dimensi padang | 105 m x 68 m |
---|
|
Eintracht Frankfurt (Bundesliga) 1925-present Frankfurt Galaxy (NFL Europa) 1995-2007 SV Wehen Wiesbaden (2nd Bundesliga) 2007 FSV Frankfurt (2nd Bundesliga) 2008-2009 |
Commerzbank-Arena (sebelum ini dikenali sebagai Waldstadion) adalah sebuah stadium dengan kapasiti tempat duduk sebanyak 52,000 orang yang terletak di Frankfurt, Jerman dan digunakan untuk bola sepak dan American football. Ia adalah stadium utama bagi kelab Eintracht Frankfurt dan Frankfurt Galaxy. Waldstadion pertama kali dibuka pada 1925 dan semasa Perang Dunia II ia digunakan untuk upacara berkaitan politik.
Sejak Julai 2005 stadium ini dinamakan "Commerzbank-Arena". Semasa Piala Dunia FIFA 2006, stadium ini lebih dikenali dengan "FIFA WM Stadion Frankfurt" (dalam bahasa Inggeris, "FIFA World Cup Stadium Frankfurt"). Pengubahsuaian besar-besaran telah dilakukan untuk pertandingan ini di mana stadium ini telah dibina semula sepenuhnya serta dimodenkan. Sekarang ini ia adalah di antara stadium yang terbesar di Jerman dan beberapa acara penting telah dilakukan di sini termasuklah pertandingan akhir Piala Konfederasi.
Satu pengubahsuaian utama termasuklah menggantung struktur gergasi 4 sisi di atas stadium dengan skrin besar di setiap sisi bagi membolehkan penonton di semua bahagian dapat menonton. Pada waktu matahari terik, skrin tersebut menyebabkan kawasan bayang-bayang yang besar terbentuk di atas padang serta menyukarkan untuk menonton perlawanan melalui televisyen kerana kamera terpaksa diubah ke kawasan yang lebih terang. Semasa perlawanan bolasepak Korea Selatan menentang Togo, bumbung stadium telah ditutup ,walaupun cuaca adalah cerah dan kering, berkemungkinan untuk mengelakkan kesan bebayang pada padang. Situasi ini telah dikritik oleh kebanyakan orang kerana menyebabkan stadium menjadi semakin panas di dalam cuaca yang telah sememangnya panas dan berbahang.
Piala Dunia FIFA 2006
Stadium ini adalah salah satu stadium yang digunakan untuk Piala Dunia FIFA 2006. Walau bagaimanapun, disebabkan kontrak penajaan, stadium ini akan dikenali sebagai FIFA World Cup Stadium Frankfurt sepanjang tempoh Piala Dunia.
Perlawanan berikut telah diadakan di stadium ini sepanjang Piala Dunia 2006:
Rujukan