"Cocoon" ialah single ketiga dan terakhir Björk dari album Vespertine. Lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Björk dan Thomas Knak serta diadun oleh Mark Stent.
Seperti album Vespertine, lagu ini mempunyai mood yang tenang dan senyap, digandingkan dengan suara yang menyerupai bisikan.
Lagu ini juga mengandungi contoh bunyi atau sample daripada kocokan kad. Selain daripada lagu "Cocoon", lagu "Hidden Place" juga mengadungi contoh bunyi kocokan kad.
"Sun In My Mouth" (Penggubahan semula oleh ensembel)
Cakera padat UK, Australia dan Eropah 2 serta cakera padat Jepun
"Cocoon" (Suntingan radio)
"Aurora" (Versi kotak muzik)
"Amphibian" (Mix filem)
DVD UK dan Eropah 3
"Cocoon"
"Pagan Poetry" (Versi kotak muzik)
"Sun In My Mouth" (Penggubahan semula oleh ensembel)
Cakera padat promo UK
"Cocoon" (Suntingan radio)
"Aurora" (Versi kotak muzik)
"Amphibian" (Mix filem)
CD-ROM promo UK
"Cocoon" (Suntingan radio)
DVD promo UK
"Cocoon"
Cakera promo Eropah
"Cocoon" (Suntingan radio)
Video muzik
Video muzik ini menunjukkan Björk yang kelihatan berbogel di hadapan latar belakang yang berwarna kelabu (namun pada hakikatnya, beliau sedang memakai sebuah sut badan yang amat menyerupai warnakulit). Video muzik ini seterusnya menunjukkan benang merah mula keluar daripada puting buah dada Björk. Video muzik ini berakhir dengan Björk dibalut sepenuhnya oleh benang merah tersebut, menyerupai sebuah kepompong, sambil naik secara perlahan ke atas.
Seperti video muzik bagi Pagan Poetry, video ini juga bersifat kontroversi. Video ini telah diharamkan penyiarannya di saluran MTV.
Lirik
Lagu ini ialah fikiran beremosi seorang perempuan yang sedang berfikir tentang cintanya yang telah mengejutkannya.
Selain itu, lirik ini juga mengandungi beberapa contoh situasi aktiviti seksual secara terbuka yang digambarkan menggunakan metafora serta bahasa kiasan.