Pelakon, pengarah, penerbit, penulis skrip, pengurus kreatif
Tahun aktif
2001–2002 2004–kini
Ejen
Star Magic (2001–2002; 2009–2016; 2020–kini) B617 Management & Enterprise (2016–2020)[1]
Ketinggian
5 ka 5 in (165 cm)
Rodel Pacheco Nacianceno (lahir 1 November 1981) atau lebih dikenali sebagai Coco Martin ialah seorang pelakon, pengarah, penerbit dan penulis skrip Filipina, terkenal dengan memegang watak utama dalam Walang Hanggan, Ikaw Lamang, Juan dela Cruz dan FPJ's Ang Probinsyano.
Pada tahun 2017, Martin memegang watak tajuk dalam pembikinan semula filem Ang Panday, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai pengarah, sekaligus menjadi arahan sulungnya. Beliau telah dikreditkan menerusi nama sebenarnya, Rodel Nacianceno untuk peranannya sebagai pengarah.[2][3] Beliau ialah artis di bawah Star Magic milik ABS-CBN.
Kehidupan awal dan kerjaya
Coco Martin dilahirkan di Sampaloc, Manila dan dibesarkan di Novaliches, Quezon City kepada ibu bapanya, Maria Teresa (née Pacheco) dan Ramon Nacianceno. Ibu bapanya telah berpisah dan beliau pernah hidup merempat semasa zaman kecilnya.[4] Beliau merupakan seorang pemuja Nazarena Hitam. Sewaktu zaman kanak-kanaknya, beliau sering berkunjung ke Gereja Quiapo bersama neneknya untuk meminta bimbingan dari Nazarena Hitam.[5]
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Hotel dan Restoran di National College of Business and Arts di Fairview Quezon City. Martin juga merupakan Pekerja Filipina Luar Negara yang bekerja sebagai petugas kebersihan di Alberta, Kanada.[3]