Cinta Kura Kura merupakan sebuah filem komedi fantasi Malaysia 2012 terbitan KRU Studios arahan Nizam Zakaria. Dibintangi oleh Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan Zizan Razak. Filem ini mengisahkan tentang Nani, gadis ceria berusia 21 tahun yang tinggal bersama haiwan peliharaannya, seekor kura-kura bernama Nico. Ia ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Mac 2012.[1][2][3][4][5][6][7]
Plot
Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.[8]
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walau bagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.
[9]