Syarikat Penerbangan China Express Airlines, juga dikenali sebagai Huaxia Airlines (华夏航空), adalah syarikat penerbangan serantau swasta pertama di China. Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada Mei 2006 dan dimiliki oleh Cathay Fortune (40%), High Zero (25%), Tampines International (24%) dan lain-lain (11%). [5]
Pada Tarikh 28 Ogos 2011, Pesawat serantau China Express Airlines iaitu jet Bombardier siri Bombardier CRJ200 mengikis tanah ketika mendarat di Lapangan Terbang Guiyang di barat daya China. Tiada yang cedera semasa insiden itu. Pada Tarikh 1 September 2010, Pentadbiran Penerbangan Awam China memerintahkan syarikat penerbangan itu untuk menghentikan operasi selepas insiden pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Guiyang Longdongbao di mana sayap kanan pesawat bersentuhan dengan landasan semasa mendarat. Syarikat penerbangan itu diperintahkan untuk mengkaji peraturan keselamatannya dan melakukan siasatan terhadap kejadian tersebut. [6] Pada 6 September, pihak berkuasa China membenarkan syarikat penerbangan itu meneruskan operasi separa; menurut jurucakap, syarikat itu merancang untuk beroperasi semula dalam masa dua minggu. [7]
Pada perkembangan destinasi antarabangsa ke Rusia, Syarikat penerbangan China Express Airlines telahpun memulakan laluan (dengan 1 hentian) antara Tianjin dan Khabarovsk melalui Jiamusi, yang sudahpun dimulakan sejak 29 Oktober 2024 [8].
Pada Oktober 2011, Syarikat Penerbangan China Express menandatangani tempahan bersyarat untuk sebanyak enam pesawat CRG900 NextGen dengan pilihan untuk tambahan lima pesawat. Perjanjian itu diumumkan pada Tarikh 10 Februari 2012. [18] Pada Tarikh 7 Julai 2012, tempahan bersyarat ditukar menjadi tempahan tegas. [19]
Pada Tahun 2014 syarikat penerbangan itu menandatangani perjanjian untuk sebanyak 16 pesawat Bombardier CRJ900 (termasuk 8 pilihan). [20]
Pada Tarikh 30 April 2015, Syarikat Penerbangan China Express telah menghentikan operasi Penerbangan dengan Armada CRJ 200 terakhirnya dengan penerbangan terakhir dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai keLapangan Terbang Antarabangsa Chongqing Jiangbei yang beroperasi sebagai penerbangan G52006. Pada Tarikh 31 Disember 2015, syarikat menggunakan lapan pilihannya dan membuat tempahan tegas untuk sebanyak 10 Pesawat siri CRJ 900 . [21]
Galeri Armada Syarikat Penerbangan China Express Airlines (G5)
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan China Express Airlines dengan siri CRJ200 di Lapangan Terbang Dalian
sebuah Pesawat milik Syarikat Penerbangan China Express Airlines dengan siri CRJ900 di kilang Bombardier di Montreal-Mirabel
^ abcdJim Liu (30 Oktober 2024). "China Express Launches Khabarovsk Service in late-Oct 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). Aeroroutes. Dicapai pada 7 November 2024. China Express yesterday (29OCT24) launched new service to Russia Far East, as the airline inaugurated Tianjin – Jiamusi – Khabarovsk route. From 29OCT24, Airbus A320 aircraft operates this route 3 times weekly.
^"MAINLAND CHINESE CARRIERS NS23 INTERNATIONAL / REGIONAL NETWORK – 14MAY23". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 16 Mei 2023. Dicapai pada 16 Mei 2023. The following is the latest summary of 26 Mainland Chinese carrier’s planned international and regional operation, between 15MAY23 and 28OCT23, as of 14MAY23 OAG schedules listing. Further changes to this list remain possible, as individual carriers continue to add new routes or resuming service cancelled due to the pandemic. Planned frequency, aircraft and effective dates remain fluid.