35 tahun penjara (dari grasi menjadi 7 tahun semenjak ditahan), penurunan pangkat menjadi prebet (Prajurit E-1, PVT), penyitaan seluruh gaji dan elaun, pemberhentian nirhormat[2]
Chelsea Elizabeth Manning[5] (lahir Bradley Edward Manning pada 17 Disember 1987) adalah seorang aktivis dan pemberi maklumat sulit Amerika Syarikat,[6] beliau juga merupakan bekas anggota Tentera Darat negara tersebut ditahan atas penirisan seanyak 750,000 dokumen maklumat sulit atau sensitif tentera yang diedarkan kepada WikiLeaks melanggar Akta Pengintipan.[7]
Beliau dikerah ke Baghdad ketika penjajahan Amerika di Iraq pada 2003 sebagai seorang pakar analisis risikan ketenteraan, dari 10 Briged 2 Divisi Mountain. Pada awal 2010, beliau [8] Beliau ditangkap pada Mei 2010 dan ditahan tanpa bicara di Kem ArifjanKuwait kerana disyaki memindahkan data ke komputer peribadi dan menambah perisian tidak sah ke dalam sistem komputer. Manning dipercayai menghubungi wartawan dan bekas hackerAdrian Lamo tentang serangan helikopter di Baghdad pada 2007 seterusnya ke laman web Wikileaks. Pada 21 Jun 2010, Julian Assange telah melantik peguam untuk membela Manning.
Manning dibicarakan dengan 22 dakwaan, termasuk tuduhan "bersubahat dengan musuh" (aiding the enemy) yang barangkali boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya sabit kesalahan.[9] Namun, tuduhan bersubahat dengan musuh digugurkan[10] lalu beliau dipenjarakan selama 35 tahun dalam tahanan maksimum Berek Displin Fort Leavenworth, Kansas.[11][12] Pada ketika ini juga beliau menghidap gangguan pengenalan gender sepertimana yang disahkan para pemeriksa kesihatan sejak dari masih berkhidmat dalam Tentera Darat;[13] beliau melela sebagai seorang transpuan pada Ogos 2013.
Beliau diberikan peringanan hukuman secara pengampunan oleh Presiden Barack Obama pada tanggal 17 Januari 2017 menjadi 7 tahun penjara dihitung sejak tarikh penahanannya pada Mei 2010 di mana beliau dijangka bebas pada 17 Mei tahun sama.[14][15]
Awal hidup
Kerjaya tentera
Pembocoran maklumat
Pada 6 Jun 2010, beliau telah ditangkap kerana membocorkan video rahsia tentang serangan helikopter tentera udara Amerika Syarikat di Baghdad. Maklumat video itu dibocorkan pada April 2010 di laman web Wikileaks - selalu membocorkan maklumat untuk melawan kerajaan dan korporat yang terlibat dalam rasuah.
Serangan helikopter Apache Amerika Syarikat itu membunuh sejumlah rakyat Iraq dan dua wartawan Reuters . Namir Noor-Eldeen (22) dan pembantunya dan pemandu, Saeed Chmagh (40) yang sedang memegang kamera telah disangka memegang roket pelancar bom tangan.Kelihatan pemandu van membantu mereka yang terluka. Serangan itu sebahagian daripada Operasi Ilaaj dipimpin oleh Let Kol Ralph Kauzlarich.
Rakaman 39 minit itu memaparkan perbualan antara para juruterbang, menunjukkan pandangan udara tentang orang-orang bergerak di lapangan. Helikopter itu menembak kumpulan, mengorbankan beberapa orang dan mencederakan yang lain.
Reaksi Amerika
Jabatan Pertahanan Amerika menganggap maklumat sulit itu serius kerana mempengaruhi keselamatan Amerika, kehidupan askar dan operasi Amerika di luar negeri.Undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia menyatakan jurupandu helikopter itu bertindak secara tidak sah.Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Robert Gates mengkritik WikiLeaks kerana menerbitkan video itu.
Pada April 2010, David Schlesinger sekalu ketua editor Reuters mahu kes itu disiaat semula bagi mengetahi duduk perkara sebenar dan mendakwa mereka yang bersalah.
^Clark, Meredith (22 Ogos 2013). "'I am Chelsea Manning'". MSNBC. Dicapai pada 28 Oktober 2013. Dr. David Moulton, the forensic psychologist assigned to review Manning's case, said that Manning was suffering from gender identity disorder, a diagnosis supported by a military sanity board.