* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 21:42, 4 Jun 2023 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:39, 27 Jun 2023 (UTC)
Charles De Ketelaere (lahir 10 Mac 2001) merupakan pemain bola sepak profesional Belgium yang kini beraksi untuk A.C. Milan dan pasukan kebangsaan Belgium.
Pada 22 Oktober 2019, beliau melakukan penampilan sulungnya di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Paris Saint-Germain yang berakhir dengan kekalahan 0-5.[2] Pada 5 Februari 2020, beliau menjaringkan gol ketika menewaskan Zulte Waregem 2-1 sekali gus membantu pasukannya untuk layak ke perlawanan akhir Piala Belgium.[3]
Pada 20 Oktober 2020, De Ketelaere menjaringkan gol kemenangan pasukannya pada minit ke-93 untuk melakar kemenangan ke atas Zenit St. Petersburg 2–1 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara UEFA 2020-21.[4]
Kerjaya antarabangsa
Beliau telah dipanggil oleh pasukan senior Belgium pada November 2020 dan melakukan kemunculan sulungnya ketika menentang Switzerland.[5]