Cessna 401 dan 402 adalah sebuah pesawat enjin omboh ringan yang dikeluarkan oleh Cessna bermula pada tahun 1966 sehingga 1985 di bawah nama Utiliner and Businessliner.[1][2] Kesemua tempat duduknya senang ditanggalkan bagi memudahkan pesawat ini digunakan dalam konfigurasi kargo.[1]
Kedua-dua model ini iaitu Cessna 401 dan 402 memiliki kabin bertekanan, dan juga tidak memiliki kelajuan tinggi. Sebaliknya, pengeluaran bertujuan untuk menghasilkan sebuah pesawat yang murah dan mudah untuk dioperasikan.[2]