Ceria Popstar merupakan sebuah program televisyen realiti bakat nyanyian remaja berumur 10 tahun sehingga 15 tahun terbitan Astro bagi bertujuan mencari bakat-bakat muda serta pelapis dalam industri seni tanah air. Program ini telah disiarkan sebanyak empat musim di Astro Ceria bermula pada tahun 2013.[1] Setelah hampir 4 tahun tidak disiarkan, pada tahun 2022 akhirnya dikhabarkan bahawa program ini kembali dengan format yang baharu dan lebih segar. [2]
Format rancangan
Format persembahan
Ceria Popstar ialah sebuah program TV realiti yang mencari dan mencungkil bakat-bakat baru remaja yang berusia 10 tahun sehingga 15 tahun bagi memeriahkan lagi industri seni tanah air.[1] Peserta akan dipilih melalui ujibakat dan akan dilatih setiap minggu oleh artis-artis terkenal tanah air yang dipanggil sebagai "Cikgu" untuk membuat persembahan dihadapan juri tetap dan juri jemputan pada setiap ketika konsert berlangsung.[1] Para peserta ini yang terdiri daripada solo, duo dan berkumpulan ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut artis-artis yang mengajar mereka.[1]
Undian dan permarkahan
Setiap kali konsert mingguan berlangsung, peserta akan membuat persembahan dihadapan juri tetap dan juri jemputan, dan perembahan mereka akan dinilai dan dikomen oleh para juri tersebut. Juri akan memberikan 50% markah dan manakala 50% lagi adalah daripada undian penonton dirumah. Peserta yang mendapat markah dan undian terendah setiap minggu akan tersingkir.[1] Akan tetapi, peserta-peserta yang telah tersingkir ini biasanya akan diberi peluang kedua oleh pihak produksi Astro untuk membuat persembahan sekali lagi bagi mendapatkan tempat ke konsert akhir. Jumlah peserta yang diserap semula itu bergantung kepada keputusan juri dan pihak produksi.[1]
Astro telah menerbitkan sebuah album single dan muzik video yang mengandungi lagu setiap para finalis dan peserta peringkat separuh akhir Ceria Popstar untuk musim kedua dan ketiga sahaja. Kesemua muzik video single mereka ini boleh didapatkan melalui album dan boleh ditonton melalui saluran YouTube.