Campur tangan Australia dalam kes liwat II Anwar Ibrahim mengejutkan ramai pihak di Malaysia. Anwar Ibrahim dibicarakan dalam kes liwat 1998 dan 2010.
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby berpendapat pendakwaan liwat kali kedua ke atas Anwar merupakan sesuatu yang memalukan sistem demokrasi di Malaysia. Danby bersama 50 senator dan ahli parlimen Australia telah menyerahkan surat protes kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Datuk Salman Ahmad meminta Malaysia tidak meneruskan dakwaan ke atas Anwar.
The Australian Financial Review melaporkan Anwar Ibrahim pernah ditahan selama 22 bulan semasa menjadi pemimpin pelajar pada 1974-1975. Kali kedua 6 tahun (1998-2004) atas tuduhan sodom dan rasuah ketika pemerintahan Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad. Kali ke-3 2010, atas tuduhan sodom dan boleh dipenjarakan 20 tahun .
Beberapa pemimpin turut menyokong seperti Al Gore , mantan Hakim Agung AS Sandra Day O'Connor dan bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid.
Anwar Ibrahim pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia (199-1998) dan pernah menjadi pemangku Perdana Menteri Malaysia selama 2 bulan pada 1997 ketika Mahathir bercuti.
Amnesty International turut prihatin dengan nasib Anwar kerana selama dipenjara, dia sakit-sakit sehingga ke hari ini. Anwar Ibrahim dilarang berpolitik sehingga April 2008. Oleh itu Anwar terpaksa mengajar di Amerika Syarikat untuk meneruskan kehidupan.[1]
Pada 6 Mac 2010, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Penny Wiliams menjelaskan bahawa kerajaan Australia tidak berniat membuat prapenilaian terhadap prosiding undang-undang dalam perbicaraan kes liwat ini.Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia.Australia mengamal sistem demokrasi yang mantap di mana Ahli Parlimen bebas untuk meluahkan pandangan peribadi masing-masing.[2]
Bantahan Malaysia
Pada 17 Februari 2010, Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) melalui Timbalan Pengerusinya, Datuk Bung Moktar Radin membantah campur tangan kerajaan Australia itu. Dia akan ke Australia atau ke Antartika sekalipun untuk mempertahankan pendirian kerajaan Malaysia. 17 ahli BNBBC termasuk Ahli Parlimen Datuk Idris Haron (Tangga Batu); Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) dan Datuk Ismail Kassim (Arau) berarak ke pekarangan Suruhanjaya Tinggi Australia di Jalan Yap Kwan Seng. Beliau mendakwa mewakili 140 ahli parlimen Barisan Nasional.
Presiden NGO, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut berarak ke Jalan Yap Kwan Seng. Surat penjelasan akan dihantar kepada Danby agar yakin dengan keadilan sistem kehakiman negara Malaysia.
Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP), R. S. Thanenthiran juga akan menulis memorandum bantahan berasingan kepada Australia.[3]
Pada 17 Februari 2010, jam 9.45 pagi, Ketua Pemuda Barisan Nasional berjaya mengumpulkan 500 penyokong dari kalangan UMNO,[MCA]] dan MIC menghantar memorandum bantahan. [Khairy Jamaluddin]] dan exco tidak mahu sampur tangan 50 penggubal undang-undang Australia terhadap sistem kehakiman di Malaysia.
Pakar asing
Kes Teoh Beng Hock memulakan Malaysia memanggil pakar asing. Pada mulanya khidmat ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong memberi keterangan tentang asid deoksiribonukleik (DNA) .[4] Kedatangan Somchai Chailermsooksant dan Dr Pornthip Rojanasunand menyebabkan mayat Teoh di Semenyih digali semula untuk menentukan kesahihan pembunuhan atau tidak. Hasil kajiannya mendapati, 80 % kemungkinan dibunuh.[5]
Dalam kes ini, Anwar Ibrahim menggunakan khidmat Dr Brian McDonald, pakar DNA (Sydney, Australia), dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, (Chennai) serta Dr David Wells (Melbourne, Australia).[6]
Campur tangan Malaysia di Myanmar
Ahli parlimen Malaysia pernah mendesak junta tentera Myanmar membebaskan pejuang demokrasi Myanmar , Aung San Suu Kyi.
Lihat juga
Rujukan