Burj Al Arab

Koordinat: 25°08′31″N 55°11′10″E / 25.141975°N 55.186147°E / 25.141975; 55.186147

Burj Al Arab
Menara Arab
Maklumat
Lokasi Dubai, U.A.E.
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 1994-1999
Kegunaan Hotel, Restoran
Dibuka  
Musnah -
Ketinggian
Antena/Puncak 321 m (1,053 ka)
Bumbung 210 m (689 ka)
Tingkat atas 200 m (656 ka)
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 60
Keluasan tingkat 111,500 m²
(1,2000,000 ka²)
Bilangan lif 18
Kos $650 juta
Syarikat-syarikat
Arkitek Tom Wright dari Atkins Timur Tengah
Jurutera Tom Wright
Kontraktor Murray & Roberts
Pemaju -
Pemilik Kumpulan Jumeirah
*Boleh didiami sepenuhnya, berdiri sendiri, ketinggian diukur dari pintu masuk utama hingga atas bumbung.
Burj Al Arab
Maklumat umum
LokasiDubai, U.A.E.
Reka bentuk dan pembinaan
ArkitekTom Wright dari Atkins
Maklumat lain
Bilangan bilik202[1]
Laman web
burj-al-arab.com
  • Walaupun secara rasmi hotel ini bertaraf 5-bintang, Burj Al Arab mengatakan ia bertaraf 5-Bintang Deluxe, dan cuma mendakwa sebagai satu-satunya hotel bertaraf 7-bintang dalam iklan[1].

Burj Al Arab (Arab: برج العرب, Menara Arab) merupakan sebuah hotel yang terletak di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Hotel ini dikenali sebagai 'Hotel Bintang 7' dan merupakan hotel ke-4 tertinggi di dunia; walaupun 39% daripada ketinggiannya tidak mampu didiami.[2][3][4] Hotel yang diuruskan oleh Kumpulan Jumeirah ini dibina oleh Said Khalil, dengan Tom Wright dari WS Atkins PLC sebagai arkitek.

Dibina di atas pulau buatan, hotel ini jika diperhatikan seperti bangunan terapung di dalam air. Bangunan ini berketinggian 321 meter (1053 kaki) dengan 60 tingkat. Pembinaannya siap pada tahun 1999, menjadikannya bangunan hotel tertinggi di dunia ketika ini. Walau bagaimanapun, Menara Rose (Rose Tower), juga di Dubai, apabila siap akan mengambil gelaran ini dari Burj Al-Arab dengan ketinggiannya yang mencapai 333 meter.

Lokasi

Kawasan tepi pantai tempat terletaknya Burj Al Arab dan Jumeirah Beach Hotel, sebelum ini digelar sebagai Pantai Chicago.[5] Hotel ini terletak di pulau yang ditebus guna, 280 m (920 kaki) dari pesisir pantai Chicago Beach Hotel yang lama.[6] Gelaran tempatan tersebut berasal dari Syarikat Chicago Bridge & Iron, yang pada satu ketika dahulu pernah mengimpal tangki simpanan minyak terapung bersaiz besar dan dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kazzans di tapak tersebut.[7]



Rujukan

  1. ^ a b Guest Service Burj Al Arab.
  2. ^ "Vanity Height: the Use-less Space in Today's Tallest". CTBUH. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-17. Dicapai pada 2013-11-25.
  3. ^ "Study: Skyscrapers Topped by Wasted Space". World Property Channel. 2013-09-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-13. Dicapai pada 2013-11-25.
  4. ^ Solon, Olivia (2013-09-06). "Report names and shames vanity skyscrapers with unnecessary spires". Wired. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-15. Dicapai pada 2013-11-25.
  5. ^ Krane, Jim City of Gold: Dubai and the Dream of Capitalism, page 103, St. Martin's Press (15 September 2009)
  6. ^ Dubai's Chicago Beach Hotel". Dubai As It Used To Be. Retrieved 25 November 2013.
  7. ^ Krane, Jim City of Gold: Dubai and the Dream of Capitalism, page 103, St. Martin's Press (15 September 2009)

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!