Bran New Kiss adalah album mini kelima yang dilancarkan oleh kumpulan muzik U-Kiss. Album ini menampilkan dua ahli baharu dalam U-Kiss iaitu AJ dan Hoon selepas dua ahli, Alexander dan Ki Bum telah menamatkan kontrak mereka dalam kumpulan muzik ini.
Pelancaran
Pada 23 Mac, U-Kiss mengumumkan teaser pertama mereka untuk album mini (EP) yang akan datang. Teaser seterusnya diikuti dua hari kemudian. Video muzik pula telah dilancarkan pada 29 Mac, hari yang sama dimana muat turun digital melalui YouTube dilancarkan. Versi alternatif video muzik bagi lagu "0330" yang dijadikan sebagai "versi drama" telah dikeluarkan pada 1 April melalui Mnet.
Pada 30 Mac 2011, versi digital album ini dikeluarkan dan versi fizikal pula dilancarkan pada keesokkan harinya di Korea Selatan. Versi bahasa Jepun EP ini telah dilancarkan pada 24 Ogos 2011 dalam tiga jenis iaitu dua bagi CD+DVD dan satu untuk CD sahaja. Edisi CD sahaja didatangkan dengan single "0330" dalam versi bahasa Jepun. Pada penampilan pertama album ini, ia telah mencapai kedudukan kelima pada hari pertama pelancaran dan keesokkannya ia mendaki dua anak tangga untuk ke kedudukan ketiga.[2]
Single "0330" dari album ini membuat penampilan sulung di Carta Single Hanteo, salah satu daripada carta muzik rasmi Korea Selatan. Lagu tersebut kemudiaannya menduduki tangga pertama disebabkan oleh jualan muat turun digital yang tinggi serta kekerapan lagu ini dimainkan ke udara.
Senarai runut
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "It's Time" (Intro) | 1:31 |
2. | "0330" | 3:29 |
3. | "Naega Apeun Maleun..." (내게 아픈 말은...) ("The Words That Hurt Me..." / "Perkataan yang Menyakitkan") | 3:28 |
4. | "Every Day" ("Setiap Hari") | 3:27 |
5. | "I Don't Understand" ("Aku Tidak Mengerti") | 3:16 |
6. | "Miracle" ("Keajaiban") | 3:08 |
Jumlah masa: 18:16 | |
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
7. | "0330" (versi bahasa Jepun) | 3:30 |
Jumlah masa: 22:04 | |
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "U-Kiss Visit to Japan" (Offshot Movie) | |
|
|
No. | Tajuk | Masa | |
---|
1. | "0330" (Video muzik - bahasa Korea) | |
|
Carta
Carta album
Carta
|
Kedudukan tertinggi
|
Carta album mingguan Gaon Korea Selatan[3]
|
2
|
Carta album bulanan Gaon Korea Selatan[3]
|
9
|
Carta album harian Oricon Jepun[4]
|
3
|
Carta album mingguan Oricon Jepun
|
7
|
Carta album bulanan Oricon Jepun
|
39
|
Carta single
Jualan dan pensijilan
Carta
|
Jumlah
|
Jualan fizikal Gaon[5]
|
20,026
|
Jualan fizikal Oricon
|
13,012
|
Sejarah pelancaran
Rujukan
|
---|
|
Album studio | Korea | |
---|
Jepun | |
---|
Kompilasi | First Kiss |
---|
|
---|
Album mini | |
---|
Jelajah konsert | |
---|
Single rasmi | Korea | |
---|
Jepun | " Tick Tack" · "Forbidden Love" · "A Shared Dream" · "Dear My Friend" · "One Of You" · "Distance" |
---|
|
---|
Tajuk berkaitan | |
---|
|