Boson Higgs

Boson Higgs
Satu tanda kemungkinan boson Higgs daripada simulasi perlanggaran proton. Ia mereput hampir serta-merta kepada dua jet hadron dan dua elektron, nampak sebagai garis.[Nota 1]
Komposisi: Zarah asas
Status: Dicerap buat sementara waktu – boson "sejajar dengan" boson Higgs telah dilihat, namun setakat Julai 2012, ahli sains belum pasti dengan muktamad yang ia boson Higgs.[1]
Ditemui: Zarah serasi telah diperhatikan ATLAS dan CMS (2012)
Simbol: H0
Jenis: 1 dalam Model Piawai;
5 atau lebih dalam model supersimetri
Jisim: 125.3±0.6 GeV/c2,[2]126 GeV/c2[3]
Cas elektrik: 0
Spin: 0

Boson Higgs atau zarah Higgs ialah zarah asas yang dihipotesiskan wujud dalam Model Piawai fizik zarah. Ia dinamakan bersempena Peter Higgs yang, bersama lima lagi, mencadangkan mekanisme yang mengesyorkan zarah sedemikian pada 1964.[4][5][6] Kewujudan boson Higgs dan medan Higgs yang berkait akan menjadi kaedah termudah yang menjelaskan mengapa sebahagian zarah asas lain memiliki jisim. Teori ini mengatakan yang suatu medan tak kelihatan memenuhi semua ruang; medan ini memiliki nilai bukan-sifar di serata tempat, malah dalam keadaan tenaga terendah, dan zarah asas lain kemudian mendapat jisim apabila berinteraksi dengannya. Boson Higgs—ujaan terkecil mungkin medan ini—diramalkan wujud oleh teori sama, dan oleh sebab ini boleh dikesan, ia telah menjadi sasaran pencarian lama dalam fizik zarah. Salah satu tujuan utama Pelanggar Hadron Besar (LHC) di CERN di Geneva, Switzerland—pemecut zarah paling berkuasa dan salah satu alat sains paling rumit pernah dibina—ialah untuk menguji kewujudan boson Higgs dan mengukur cirinya yang akan membolehkan ahli fizik mengesahkan batu asas teori moden ini.

Sehingga akhir 2011 beberapa uji kaji telah secara beransur-ansur dan tekal menyerlahkan jisim sekitar 125 GeV/c2. Pada 4 Julai 2012, pasukan uji kaji CMS dan ATLAS di LHC secara bebas mengumumkan yang kedua-dua mereka mengesahkan secara rasmi penemuan boson yang belum diketahui dengan jisim antara 125–127 GeV/c2, yang sifatnya setakat ini "sejajar" dengan boson Higgs. Mereka bagaimanapun menambah nota waspada bahawa data dan analisis lanjut diperlukan sebelum secara positif mengenal pasti boson baharu ini benar-benar sejenis boson Higgs.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Perhatikan bahawa peristiwa ini juga terjadi akibat proses lain. Pengesanan melibatkan keertian statistik peristiwa sebegini pada tenaga tertentu.

Rujukan

  1. ^ "CERN experiments observe particle consistent with long-sought Higgs boson". Siaran akhbar CERN. 4 Julai 2012. Dicapai pada 5 Julai 2012.
  2. ^ "Observation of a New Particle with a Mass of 125 GeV author = Lucas Taylor". CMS Public Website. CERN. 4 Julai 2012. Missing pipe in: |title= (bantuan)
  3. ^ "Latest Results from ATLAS Higgs Search". ATLAS. 4 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-07. Dicapai pada 5 Julai 2012.
  4. ^ Peter Higgs (1964). "Broken Symmetries and the Masses of Gauge Bosons". Physical Review Letters. 13 (16): 508–509. Bibcode:1964PhRvL..13..508H. doi:10.1103/PhysRevLett.13.508.
  5. ^ Englert, François; Brout, Robert (1964). "Broken Symmetry and the Mass of Gauge Vector Mesons". Physical Review Letters. 13 (9): 321–23. Bibcode:1964PhRvL..13..321E. doi:10.1103/PhysRevLett.13.321.
  6. ^ Guralnik, Gerald; Hagen, C. R.; Kibble, T. W. B. (1964). "Global Conservation Laws and Massless Particles". Physical Review Letters. 13 (20): 585–587. Bibcode:1964PhRvL..13..585G. doi:10.1103/PhysRevLett.13.585.

Pautan luar

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!