Borak Kopitiam merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi hujung minggu Malaysia yang disiarkan di TV3. Rancangan ini bersiaran bermula 9 Mac 2018, dari Jumaat sehingga Ahad jam 7:00 hingga 9:00 pagi, menggantikan Malaysia Hari Ini yang sebelum ini mengisi slot pagi Jumaat.[1][2] Bermula 4 Januari 2019, Borak Kopitiam bersiaran jam 8:00 pagi selama 1 jam setengah. Selepas 4 tahun bersiaran rancangan ini telah ditamatkan pada 26 Jun 2022 dan digantikan dengan Malaysia Hari Ini yang akan bersiaran setiap hari mulai 2 Julai 2022.[3]
Sejarah
Dari 9 Mac sehingga 30 Disember 2018, Borak Kopitiam bersiaran dari Jumaat hingga Ahad jam 7:00 hingga 9:00 pagi, menggantikan Nasi Lemak Kopi O yang telah ditamatkan siaran di TV9 selepas 10 tahun bersiaran. Slot pagi Jumaat yang sebelum ini diisi oleh rancangan kembarnya, Malaysia Hari Ini, digantikan oleh Borak Kopitiam. Susulan perubahan waktu siaran pagi TV3, Borak Kopitiam bersiaran selama 1 jam 30 minit pada jam 8:00 pagi hingga 9:30 pagi mulai 4 Januari 2019.
Bekas pengacara
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
---|
|
Bual bicara | |
---|
Berita | |
---|
Isu semasa | |
---|
Maklumat | |
---|
Hiburan | Rancangan hiburan | |
---|
Anugerah tahunan | |
---|
|
---|
Keagamaan | |
---|
Berkaitan | |
---|