Boikot adalah suatu tindakan keengganan menggunakan, membeli mahupun menjual sehingga memulaukan[1] sesuatu produk atau perkhidmatan yang datang daripada suatu individu, pertubuhan atau negara sebagai tanda tunjuk perasaan[1] bermotifkan moral, masyarakat, politik ataupun mementingkan persekitaran. Pemulauan ini ditujukan mencetuskan kerugian ekonomi mahupun memaksa berubah pendirian yang dinyatakan dari pihak pengeluar yang disasarkan.
Gambaran umum
Langkah ini mula ditonjolkan oleh Charles Cunningham Boycott, ejen seorang tuan tanah dan pembesar Lord Erne yang duduk di Lough Mask House berdekatan Ballinrobe di Kaunti Mayo Ireland; pembesar ini tidak sahaja mengenakan cukai sangat tinggi kepada para penyewa tanahnya malah sering mengarahkan Charles berkeras dengan sesiapa yang tidak mampu melangsaikan pembayaran secepat mungkin malah berani melawan pihaknya.[2] Perkara ini akhirnya mendorong Charles Stewart Parnell, seorang pejuang nasionalis dalam suatu pertemuan Liga Tanah Ireland dipimpinnya di Ennis mengusulkan suatu pemulauan terhadap orang yang menghalau sekeras yang disebutkan.
Arahan ini segera mendapat perhatian orang ramai yang mempunyai rasa sepakat bersama warga setempat yang senasib, lagi-lagi dengan kerenah Boycott. Boycott segera dipulaukan para pekerja kandang-kandang dan ladangnya, malah tiada siapa yang ingin berjual beli kepadanya apatah lagi menyediakan perkhidmatan seperti surat pos dan telegraf kepadanya.[3]:133–142[2] Lagi hebatnya keadaan yang diterangkan ini adalah sifat pemulauan tersebut yang diamati tidak melibatkan sebarang keganasan langsung.[3]:157–173 Beliau merasa sangat dimalukan sehingga dia dan isterinya akhirnya melarikan diri secara senyap diiringi askar pada waktu malam.[2]
Boycott menulis suatu surat rintihan mengenai nasib yang menimpanya kepada The Times.[4] Khabar yang diberitakan ini mendapat tumpuan luas dan sangat dihebahkan serata dunia dalam akhbar-akhbar Inggeris; ia mula mendapat perhatian antarabangsa dalam akhbar New-York Tribune dilaporkan James Redpath yang menciptakan kata kerja boycott menerangkan fenomena ini.[5]
Rujukan