Boeotia (AFA: /bi·jo·ʃə/; Jawi: بيوشىcode: ms is deprecated ), kadangkala dilatinkan menjadi Boiotia atau Beotia (Yunani: Βοιωτίαcode: el is deprecated ; moden: Viotía; kuno: Boiōtía) ialah salah satu unit wilayah Yunani. Ia adalah sebahagian daripada wilayah Yunani Tengah. Ibu kotanya ialah Livadeia, dan bandar terbesarnya ialah Thebai.
Boeotia juga nama bagi wilayah Yunani purba, dari sebelum abad ke-6 SM.
Geografi
Boeotia terletak di utara bahagian timur Teluk Corinth. Ia juga mempunyai garis pantai yang pendek di Teluk Euboea. Ia bersempadan dengan Megaris (kini Attica Barat) di selatan, Attica di tenggara, Euboea di timur laut, Opuntian Locris (kini sebahagian daripada Phthiotis) di utara dan Phocis di barat.
Banjaran gunung utama Boeotia ialah Gunung Parnassus di barat, Gunung Helikon di barat daya, Cithaeron di selatan dan Parnitha di timur. Sungai terpanjangnya, Cephissus, mengalir di bahagian tengah, di mana kebanyakan tanah rendah Boeotia berada.
Tasik Copais ialah tasik besar di tengah-tengah Boeotia. Ia telah dikeringkan pada abad ke-19. Tasik Yliki ialah tasik besar berhampiran Thebai.
Legenda dan sastera
Banyak legenda Yunani kuno berasal atau dibertempat di rantau ini. Mitos-mitos lama mencapai bentuk terakhirnya semasa zaman Mykenai (1600–1200 SM) apabila orang Yunani Mykenai bertapak di Boeotia dan bandar Thebai menjadi pusat penting. Banyak antaranya berkaitan dengan mitos Argos, dan yang lain menunjukkan hubungan dengan Phoenicia, di mana orang Yunani Mykenai dan kemudiannya orang Yunani Euboea mendirikan pos perdagangan.
Legenda penting yang berkaitan dengan Boeotia termasuk:
Eros, disembah oleh sebuah pemuja kesuburan di Thespiae
Orion, yang dilahirkan di Boeotia dan dikatakan telah melahirkan 50 anak lelaki dengan anak perempuan dewa sungai tempatan.
Kebanyakan legenda ini digunakan dalam drama oleh penyair-penyair tragedi Yunani, Aeschylus, Sophocles, dan Euripides:
Aeschylus, Tujuh Menentang Thebai
Oedipus Rex karya Sophocles, Oedipus di Colonus, dan Antigone, yang dikenali sebagai pementasan-pementasan Thebai
Euripides, Bacchae, Wanita Phoenicia, Pemohon-pemohon, dan Herakles
Legenda-legenda ini juga digunakan dalam drama yang hilang seperti Niobe oleh Aeschylus dan Antiope oleh Euripides.
Boeotia juga terkenal dengan kuil takahun kuno Trophonius di Lebadea. Graea, sebuah bandar purba di Boeotia, kadangkala dianggap sebagai asal usul perkataan Latin Graecus, dari mana bahasa Inggeris memperoleh perkataan Greece dan Greek.
Dua penyair utama Hesiodos dan Pindar adalah orang Boeotia. Walau bagaimanapun, orang Perancis menggunakan adjektif béotien ("orang Boeotia") bagi orang yang buta seni.
Pentadbiran
Unit wilayah Boeotia dibahagikan kepada 6 majlis perbandaran. Berikut ialah nama-namanya (nombor seperti dalam peta dalam kotak maklumat):[2]
Boeotia dijadikan wilayah pentadbiran pada tahun 1836 (Yunani: Διοίκησις Βοιωτίαςcode: el is deprecated ), sekali lagi pada tahun 1899 (Νομός Βοιωτίαςcode: el is deprecated ) dan sekali lagi pada tahun 1943; setiap kali, ia dipisahkan dari Wilayah Attica dan Boeotia. Dalam pembaharuan kerajaan Kallikratis 2011, unit wilayah Boeotia diwujudkan berdasarkan bekas wilayah pentadbiran Boeotia. Wilayah pentadbiran ini mempunyai kawasan yang sama dengan unit wilayah sekarang. Pada masa yang sama, majlis perbandaran telah disusun semula, mengikut jadual di bawah.[2]