Sesebuah biom terdiri daripada kawasan ekologi atau komuniti yang berada dalam keadaan tetap dan stabil, dan segala tumbuh-tumbuhan, fauna dan tanih yang berkenaan, baik dalam peralihan, diganggu ataupun didegradasi, tetapi selalu juga boleh dikenal pasti dengan jenis vegetasi klimaksnya.
Ciri-ciri biodiversiti setiap biom, terutamanya kepelbagaian fauna dan bentuk tumbuhan yang subdominan, merupakan satu fungsi faktor-faktor abiotik serta daya keluaran biojisim tumbuh-tumbuhan yang dominan.
Perubahan musim: Curahan hujan mungkin ditabur sama rata sepanjang tahun ataupun dipengaruhi oleh kelainan musim.
Taburan hujan bermusim: Kebanyakan kawasan Bumi menerima lebih banyak hujan pada musim panas; kawasan iklim Mediterranean lebih banyak hujan pada musim sejuk.
Aras tinggi: kenaikan aras tinggi menyebabkan taburan jenis habitat yang serupa dengan kenaikan latitud.
Sistem-sistem pengelasan biom yang paling banyak digunakan adalah berpadan dengan latitud (atau pengezonan suhu) dan kelembapan. Secara amnya, lebih jauh tempat itu dari kutub ke arah khatulistiwa, maka lebih banyaklah biodiversiti dan kelembapannya.
Berikut adalah di dunia Peta Biom
lembar ais & gurun kutub
tundra
taiga
hutan daun lebar sederhana
steppe sederhana
hutan hujan subtropika
vegetasi Mediterranean
hutan monsun
gurun gersang
tanah semak xeros
steppe kering
gurun separa gerang
savana rumput
savana pokok
hutan kering subtropika
hutan hujan tropika
tundra alp
hutan gunung
Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!