Bintang dedua merupakan sebuah sistem bintang yang terdiri daripada dua bintang yang terikat secara graviti atau medan graviti kuat antara satu sama lain di dalam sebuah orbit mengelilingi sebuah titik pusat jisim secara bersama. Penelitian ahli astronomi mendapati bahawa sebahagian besar bintang setidaknya berada dalam sebuah sistem yang terdiri dari dua bintang.
Sistem bintang dedua memainkan peranan yang amat penting di dalam bidang astrofizik, hal ini disebabkan dari kaedah pengamatan orbitnya, para ahli astronomi dapat menentukan jisimnya. Jisim bintang tunggal kemudian ditentukan melalui hubungan jisim–luminositi yang diturunkan dari pengamatan bintang dedua.