Bhinneka Tunggal Ika

Bhinneka Tunggal Ika pada logo Garuda Pancasila

Bhinneka Tunggal Ika ialah moto atau slogan negara Indonesia. Frasa ini bermaksud 'berbeza-beza tapi Tetap Satu juga' . Bhinneka bermaksud 'beraneka'. Tunggal bermaksud 'satu'. Ika bermaksud 'itu'.

Moto ini mula diperkenalkan semasa Indonesia merdeka pada tahun 1945 selepas berjuang melalui 'buluh runcing' daripada Belanda dan Jepun. Sultan Abdul Hamid II dari Pontianak, Kalimantan memperkenalkannya dan disokong oleh Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno.

Moto ini dicatat pada logo Garuda Pancasila iaitu logo negara Indonesia. Istilah ini digunakan kerana mahu menunjukkan kelainan dan bangsa Indonesia yang terdiri dari berbilang kaum dan ratusan pulau tetapi dapat disatukan melalui satu negara yang unik, Indonesia.

Asal usul

Bhinneka Tunggal Ika berasal dari karya puisi kuno berbahasa Jawa yang ditulis oleh Mpu Tantular semasa Empayar Majapahit yang berpusat di pulau Jawa pada abad ke-14. Tentunya puisi ini berunsur agama Buddha yang menjadi anutan penduduk Jawa beragama Hindu dan Buddha.

Puisinya :

Rwāneka dhātu winuwus Buddha Wiswa,
Bhinnêki rakwa ring apan kena parwanosen,
Mangka ng Jinatwa kalawan Śiwatatwa tunggal,
Bhinnêka tunggal ika tan hana dharma mangrwa.

Maksudnya :

Kewujudan Buddha dan dewa Siva dilihat berbeza,
Tentu berbeza tetapi kebenaran boleh dikenal pasti,
Sebab kebenaran Buddha dan Siva satu jua,
Kelihatan beraneka tetap satu jua, itulah kewajipan.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!