Beruang madu adalah sepanjang 120-150 cm (47-60 in), menjadikannya ahli terkecil dalam keluarga (Ursidae) beruang.[4] Beruang jantan cenderung 10-45% lebih besar berbanding beruang betina;[5] jantan biasanya seberat antara 30 dan 70 kg (66-154 lb), dan betina antara 20 dan 40 kg (44-88 lb).[6] Ketinggian bahu adalah sekitar 60-72 cm (24-28 in).[7] Beruang madu memiliki cakar berbentuk sabit yang agak ringan dari segi beratnya. Ia memiliki telapak tangan yang besar dengan tumit kaki licin, kemungkinannya untuk membantu memanjat. Kakinya mengarah ke dalam menjadikan beruang madu berjalan seperti merpati, tetapi merupakan pemanjat yang baik. Ia memiliki telinga bulat, kecil dan hidung yang sasa. Ekornya adalah sepanjang 1.2-2.8 inci (3-7 cm).[5] Sungguhpun bersaiz kecil, beruang madu memiliki lidah yang halus dan amat panjang, antara 8 hingga 10 inci (20-25 cm) panjang. Berung ini menggunakan lidahnya bagi mengeluarkan madu dari sarang lebah.[8]
Tidak seperti beruang lain, bulu beruang madu adalah pendek dan licin. Adaptasi ini kemungkinannya disebabkan cuaca tanah rendah yang didiaminya. Bulu hitam gelap atau perang-hitam menyelitupi keseluruhan badannya, kecuali di dada, di mana terdapat tanda kuning bata pucat dalam bentuk bulan sabit. Bulu dengan warna yang sama juga terdapat di sekeliling muncung dan matanya. Tanda menonjol inilah yang memberikan nama Inggerisnya. Di Sarawak, orang Iban memanggilnya 'jugam'.
Diet
Permakanan beruang madu kebanyakannya terdiri daripada invertebra dan buah-buahan tetapi sebagai maserba mereka akan makan sejumlah besar makanan termasuk vertebra kecil, seperti mengkarung, burung, dan penyu, telor, pucuk pokok palma, sarang lebah, beri, pucuk, akar, dan buah kelapa. Malah, beruang madu telah dilihat makan lebih dari 100 spesies serangga dan lebih dari 50 spesies tumbuhan.[9]
Sungguhpun mampu memakan banyak spesies, beruang madu mempunyai sumber makanan kegemaran. Ini dipaparkan dalam satu kajian di mana anai-anai, semut, kumbang dan larva kumbang membentuk sejumlah besar invertebra yang dimakan, sementara buah ara merupakan sumber buah paling penting yang dimakan.[10]
Kegemaran beruang madu terhadap madu memberi namanya. Rahangnya yang berkuasa mampu membuka kelapa. Cakarnya yang berkuasa dan panjang digunakan bagi memecah batang kayu dan balak tumbang bagi mencapai madu, pucuk dan anai-anai. Kebanyakan makanan beruang madu dikesan melalui deria bau kerana penglihatannya yang lemah.
Gaya hidup dan pembiakan
Beruang matahari tidak melakukan hibernasi dan oleh itu, dapat membiak sepanjang tahun. Anak beruang boleh mencapai kematangan seksual selepas 3-4 tahun dan boleh hidup hingga 30 tahun dalam kurungan. Beruang madu betina boleh melahirkan satu atau dua ekor anak beruang setahun. Beruang matahari mengandung selama kira-kira 96 hari lalu melahirkan anak beruang yang buta dan tidak berbulu dengan jisim kira-kira 300 ke 400 gram. Anak beruang pada awalnya bergantung sepenuhnya terhadap ibunya dan penyusuan boleh berlanjutan hingga 18 bulan. Selepas satu hingga tiga bulan, anak beruang boleh berlari, bermain dan berburu di samping ibunya. Beruang matahari jantan lebih banyak membesar berbanding betina. Beruang betina mula mengawan pada tiga tahun. Ketika mengawan, beruang matahari akan melakukan tindakan seperti memeluk, pergaduhan olok-olok dan berlanggar muka bersama pasangannya.
Sebagai makhluk yang umumnya nokturnal, beruang madu cenderung untuk berehat pada waktu siang pada anggota bawah di kawasan sedikit di atas tanah. Oleh kerana beruang madu meluangkan masa yang lama di atas pokok, beruang ini boleh mengakibatkan kerosakan pada harta persendirian, di mana beruang madu diketahui pernah merosakkan pokok kelapa dan koko di kawasan pertanian.
Ancaman
Beruang madu dewasa biasanya hampir tidak mempunyai pemangsa melainkan manusia dengan sifat liar dan giginya.[11] Kadangkala, beruang madu boleh diatasi oleh harimau atau ular sawa batik bersaiz besar. Pemangsa lain termasuklah harimau bintang, harimau dahan dan beruang hitam Asia, beruang berkedudukan sama dengan taburan beruang madu yang lebih besar.[6] Kulit leher beruang yang longgar membenarkan beruang madu untuk menggeliang-geliutkan kepalanya dengan jauh sehingga dapat berpusing dan menggigit penyerang apabila diserang.
Penurunan populasi beruang madu pada masa ini biasanya berlaku akibat pemburuan "beruang pengacau" yang merosakkan tanaman dan juga pemburuan haram untuk bulu dan hempedunya yang digunakan dalam perubatan Cina.
Kadangkala, beruang madu ditangkap atau dijaga sebagai haiwan peliharaan, suatu pilihan yang dikatakan baik untuknya disebabkan oleh sifatnya yang tidak begitu mengganas berbanding spesis beruang yang lain.[12]
Pihak IUCN mengelaskan semula status beruang madu daripada "kekurangan data" kepada "terjejas" pada 2007.[13]
Spesies kecil
Helarctos malayanus malayanus
Helarctos malayanus euryspilus, hanya dijumpai di Borneo.