Bersugi


Bersugi atau miswaak atau siwak (Arab: سواك) adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Hukum bersugi

  1. Sunat - hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika hendak membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut. [1]
  1. Makruh - Orang yang berpuasa tak kira sama ada puasa fardu (Ramadan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari, iaitu selepas masuk waktu zuhur.

Hadis tentang bersugi

Hadis Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :

Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat reda dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". ( Riwayat Ahmad )

Alat Untuk Bersugi

Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-

  1. berus gigi
  2. kayu arak (siwak)
  3. rotan
  4. manggar kelapa
  5. dan lain-lain.

Nota Kaki

Rujukan

  1. Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!