Bateri ion litium

Bateri ion litium
Bateri Li-ion bagi telefon bimbit Nokia
Tenaga tertentu100–265 W·h/kg[1][2] (0.36–0.95 MJ/kg)
Ketumpatan tenaga250–730 W·h/L[2] (0.90–2.23 MJ/L)
Kuasa tertentu~250-~340 W/kg[1]
Kecekapan cas/nyahcas80–90%[3]
Tenaga/harga pengguna2.5 W·h/AS$
Kadar nyahcas diri8% pada 21 °C
15% pada 40 °C
31% pada 60 °C
(sebulan)[4]
Kelasakan kitaran400–1200 kitaran [5]
Voltan sel nominalNMC 3.6 / 3.7 V, LiFePO4 3.2 V

Bateri ion litium (bahasa Inggeris: lithium ion battery, sering disingkatkan kepada Li-ion atau LIB) adalah salah satu jenis bateri cas semula yang menghasilkan kuasanya sendiri hasil janaan pergerakan ion litium dari anod ke katod semasa proses penyahcasan dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri jenis ini menggunakan sebatian litium yang disisipkan sebagai bahan elektrod, berbanding logam litium yang digunakan dalam bateri litium tidak boleh cas semula.

Bateri ini lazimnya digunakan dalam peralatan elektronik pengguna. Ia merupakan salah satu daripada jenis bateri cas semula paling popular bagi peranti elektronik mudah alih, serta mempunyai ketumpatan tenaga antara yang terbaik, tiada kesan ingatan (walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah kajian menunjukkan beberapa petanda kesan ingatan pada bateri ion litium[6]), dan hanya menunjukkan kadar kehilangan cas yang perlahan apabila tidak digunakan. Selain peralatan elektronik pengguna, bateri Li-ion juga semakin popular dalam bidang ketenteraan, kenderaan elektrik dan aplikasi aeroangkasa.[7] Misalnya, bateri ion litium mula menjadi bateri pengganti yang lazim bagi bateri asid-plumbum yang digunakan sejak berzaman lagi pada kereta golf dan kenderaan utiliti. Daripada menggunakan plat plumbum yang berat serta elektrolit berasid, trend sekarang ialah menggunakan anod litium/karbon yang ringan dan katod litium besi fosfat. Bateri ion litium boleh menghasilkan voltan yang sama seperti bateri asid-plumbum, maka tiada pengubahsuaian diperlukan bagi sistem pacuan kenderaan.[8]

Perwatakan kimia, prestasi, kos dan keselamatan adalah berbeza mengikut jenis bateri Li-ion. Peralatan elektronik tangan kebanyakannya menggunakan bateri Li-ion berasaskan litium kobalt oksida (LiCoO2), yang menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi, tetapi mendatangkan risiko keselamatan, terutamanya apabila rosak. Litium besi fosfat (LFP), litium mangan oksida (LMO) dan litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) menawarkan ketumpatan tenaga lebih rendah, tetapi mempunyai jangka hayat lebih panjang serta lebih selamat. Bateri sebegitu digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik, peralatan perubatan serta peranan-peranan lain. NMC terutamanya merupakan petanding yang mendahului dalam aplikasi automotif. Litium nikel kobalt aluminium oksida (NCA) dan litium titanat (LTO) merupakan rekaan khusus yang disasarkan pada peranan niche khas.

Bateri ion litium boleh jadi berbahaya dalam keadaan tertentu dan boleh membawa bahaya keselamatan, memandangkan ia mengandungi elektrolit mudah terbakar serta disimpan dalam tekanan, tidak seperti bateri cas semula yang lain. Ia menjadikan standard bagi bateri tersebut sangat tinggi, serta ia mempunyai banyak ciri keselamatan. Terdapat banyak kes kemalangan yang dilaporkan di samping panggilan semula oleh beberapa syarikat.

Binaan

Sel litium besi fosfat 18650 berbentuk silinder sebelum ditutup.

Tiga komponen berfungsi utama bagi bateri ion litium ialah:[9]

Peranan elektrokimia bagi setiap elektrod saling bertukar antara anod dan katod, bergantung kepada arah aliran arus melalui sel.

Jangka hayat dan tahap keselamatan bateri ion litium teknologi nano mula diterapkan bagi menambah baik prestasinya bergantung kepada pemilihan bahan, voltan dan ketumpatan tenaga.

Elektrolit bukan akueus lazimnya digunakan kerana sifat litium tulen sebagai bahan mentah sangat reaktif sehingga bertindak balas secara cergas dengan air bagi membentuk litium hidroksida dan gas hidrogen. Bekas bertutup mengasingkan sebarang kelembapan daripada pek bateri untuk mengelakkan kemalangan sedemikian.

Bateri ion litium lebih mahal daripada bateri NiCd tetapi mampu beroperasi pada lingkungan suhu yang lebih meluas dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi. Ia memerlukan satu litar perlindungan bagi mengehadkan voltan puncak.

Bagi komputer riba, sel-sel ion litium dibekalkan sebagai sebahagian daripada pek bateri dengan pengesan suhu, litar penukar/pengawal voltan, pili voltan, pemantau keadaan cas bateri dan penyambung utama. Kesemua komponen tersebut memantau keadaan cas serta keluar masuk arus bagi setiap sel, kapasiti bagi setiap sel individu (perubahan drastik boleh membawa kepada kekutuban terbalik yang membahayakan),[12] suhu bagi setiap sel dan meminimakan risiko litar pintas.[13]

Format

Pek bateri ion litium Nissan Leaf.

Sel-sel Li-ion boleh didapati dalam pelbagai faktor bentuk , yang secara amnya terbahagi kepada empat kumpulan:[14][petikan lengkap diperlukan]

  • Silinder kecil (badan pejal tanpa terminal, seperti bateri komputer riba)
  • Silinder besar (badan pejal dengan terminal berbenang)
  • Kantung (badan lembut dan leper, seperti bateri telefon bimbit)
  • Prismatik (bekas plastik separa keras dengan terminal berbenang besar, seperti pek pacuan kenderaan)

Ketiadaan bekas menjadikan sel kantung mempunyai ketumpatan tenaga tertinggi; walau bagaimanapun, sel kantung (dan sel prismatik) memerluakan bekas luaran bagi mencegah pengembangan bateri apabila keadaan casnya tinggi.[15]

Elektrokimia

Tindak balas elektrokimia dalam bateri ion litium melibatkan tiga komponen utamanya iaitu elektrod anod dan katod serta elektrolit sebagai bahan perantara. Kedua-dua elektrod membenarkan ion litium berpindah antara satu sama lain. Semasa masukan (atau interkalasi) ion-ion bergerak ke dalam elektrod. Semasa proses lawannya, pengekstrakan (atau nyahinterkalasi), ion-ion bergerak keluar. Semasa sel berasaskan litium sedang nyahcas, ion positif diekstrak dari elektrod negatif (biasanya grafit) dan dimasukkan ke dalam elektrod positif (sebatian mengandungi litium). Semasa bateri mengecas, keadaan yang sebaliknya berlaku.

Kerja berguna terjana apabila elektron mengalir melalui litar luaran tertutup. Persamaan berikut menunjukkan satu contoh tindak balas kimia, dalam unit mol, membolehkan pemalar digunakan.

Tindak balas separa bagi elektrod positif ialah:[16]

Tindak balas separa bagi elektrod negatif ialah:

Tindak balas keseluruhan mempunyai hadnya yang tersendiri. Mengecas bateri secara berlebihan melampautepukan litium kobalt oksida, membawa kepada penghasilan litium oksida,[17] melalui tidak balas tidak berbalik berikut:

Mengecas lampau sehingga 5.2 volt membawa kepada sintesis kobalt (IV) oksida, seperti yang dibuktikan oleh pembelauan sinar-x:[18]

Di dalam bateri ion litium, ion-ion litium diangkut kepada dan daripada katod atau anod dengan mengoksidakan logam peralihan, kobalt (Co), dalam LixCoO2 daripada Co3+ kepada Co4+ semasa mengecas, dan diturunkan daripada Co4+ kepada Co3+ semasa mengecas.

Tenaga sel bersamaan dengan hasil darab voltan dengan cas. Setiap gram litium mewakili pemalar Faraday/6.941 atau 13,901 coulomb. Pada 3 V, ia memberikan 41.7 kJ setiap gram litium, atau 11.6 kWj setiap kg. Ia lebih sedikit daripada haba pembakaran petrol, tetapi tidak mengambil kira bahan-bahan lain yang termasuk di dalam bateri litium dan ia menjadikan bateri litium beberapa kali ganda lebih berat berbanding unit tenaga.

Elektrolit

Voltan sel yand diberi dalam bahagian Elektrokimia adalah lebih besar daripada keupayaan yang mana larutan akueus akan terelektrolisis. Memandangkan sifat logam litium yang sangat reaktif terhadap air, larutan bukan akueus atau aprotik digunakan.

Elektrolit cecair dalam bateri ion litium terdiri daripada garam litium, seperti LiPF6, LiBF4 atau LiClO4 di dalam pelarut organik, seperti ethilena karbonat, dimetil karbonat, dan dietil karbonat. Elektrolit cecair bertindak sebagai pembawa antara katod dan anod semasa arus mengalir melalui litar luaran. Kadar kekonduktivitian lazim bagi elektrolit cecair pada suhu bilik (20 °C (68 °F)) adalah dalam lingkungan 10 mS/cm (1 S/m), meningkat pada kadar lebih kurang 30–40% pada 40 °C (104 °F) dan menurun sedikit pada 0 °C (32 °F)[19]

Pelarut organik mudah terurai pada anod semasa dicas. Walau bagaimanapun, apabila pelarut organik yang bersesuaian digunakan sebagai elektrolit, pelarut tersebut terurai semasa pengecasan awal dan membentuk satu lapisan pepejal dipanggil interfasa elektrolit pepejal (SEI),[20] yang menebat secara elektrikal tetapi masih menyediakan kekonduktivitian ionik. Interfasa tersebut menghalang penguraian elektrolit selepas pengecasan kedua. Misalnya, etilena karbonat terurai pada voltan yang secara relatifnya tinggi, 0.7 V berbanding litium, dan membentuk antara muka yang tumpat dan stabil.[21]

Elektrolit komposit berasaskan POE (poli(oksietilena)) yang dibangunkan oleh Syzdek et al., menyediakan antara muka yang secara relatifnya stabil.[22][23] Ia boleh jadi sama ada pepejal (berat molekul tinggi) dan digunakan pada sel Li-polimer kering, atau cecair (berat molekul rendah) dan digunakan pada sel Li-ion biasa.

Cecair ionik suhu bilik (RTIL) adalah satu lagi pendekatan bagi mengehadkan kebolehbakaran dan kemeruapan elektrolit organik.[24]

Cas dan nyahcas

Semasa mengecas, ion-ion litium Li+ membawa arus dari elektrod negatif ke positif, melalui elektrolit bukan akueus dan diafragma pemisah.[25]

Semasa mengecas, punca kuasa elektrik luaran (litar pengecas) mengenakan voltan berlebihan (voltan lebih tinggi tetapi sama kekutuban) daripada yang dihasilkan oleh bateri, memaksa arus untuk melalui arah bertentangan. Ion-ion litium kemudiannya berpindah dari elektrol positif ke negatif, di mana ion-ion tersebut terbenam di dalam bahan elektrod poros dalam proses yang dikenali sebagai interkalasi.

Prosedur mengecas

Prosedur mengecas bagi sel Li-ion tunggal, dan bateri Li-ion berbilang sel, adalah berbeza sedikit.

  • Sel tunggal Li-ion dicas dalam dua peringkat:[12]
  1. CC
  2. CV
  • Bateri Li-ion berbilang sel pula dicas dalam tiga peringkat:
  1. CC
  2. Penyeimbangan (tidak diperlukan sebaik bateri sudah seimbang)
  3. CV

CC: Mengenakan arus pengecasan terhadap bateri, sehinggalah had voltan bagi setiap sel dicapai.

Penyeimbangan: Mengurangkan arus pengecasan (atau mengitar pengecasan hidup dan padam bagi mengurangkan arus purata) sementara keadaan cas bagi sel-sel individu dibawa ke satu tahap yang sama oleh litar penyeimbang, sehinggalah nbateri sudah seimbang. Sesetengah pengecas pantas melangkau peringkat ini. Sesetengah pengecas memperoleh penyeimbangan dengan mengecas setiap sel secara berasingan.

CV: Mengenakan voltan bersamaan dengan voltan sel maksimum didarab dengan bilangan sel sesiri kepada bateri, memandangkan arus semakin merosot secara beransur-ansur menghampiri 0, sehingga arus lebih rendah daripada ambang yang ditetapkan iaitu lebih kurang 3% daripada arus cas malar.

Pengecasan tambahan berkala dilakukan setiap 500 jam. Pengecasan puncak disyorkan untuk dilakukan apabila voltan berada di bawah 4.05 V/cell.

Bateri ion litium dicas pada voltan lebih kurang 4.2 ± 0.05 V/sel kecuali bateri "tentera jangka hayat panjang" yang menggunakan 3.92 V bagi melanjutkan usia bateri. Kebanyakan litar perlindungan memotong bekalan apabila voltan melebihi 4.3 V atau suhu melebihi 90 °C dicapai. Voltan bawah 2.50 V/sel menyebabkan litar perlindungan bateri menganggap bateri tersebut tidak boleh dicas semula menggunakan peralatan mengecas biasa. Kebanyakan litar bateri berhenti berfungsi pada 2.7–3.0 V/sel.

Kegagalan mematuhi limitasi arus dan voltan boleh menyebabkan letupan.[26]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b "Rechargeable Li-Ion OEM Battery Products". Panasonic.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-13. Dicapai pada 23 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ a b "Panasonic Develops New Higher-Capacity 18650 Li-Ion Cells; Application of Silicon-based Alloy in Anode". greencarcongress.com. Dicapai pada 31 January 2011.
  3. ^ Valøen, Lars Ole and Shoesmith, Mark I. (2007). The effect of PHEV and HEV duty cycles on battery and battery pack performance Diarkibkan 2009-03-26 di Wayback Machine (PDF). 2007 Plug-in Highway Electric Vehicle Conference: Proceedings. Retrieved 11 June 2010.
  4. ^ doi:10.1016/S0378-7753(98)00158-X
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  5. ^ Battery Types and Characteristics for HEV Diarkibkan 2015-05-20 di Wayback Machine ThermoAnalytics, Inc., 2007. Retrieved 11 June 2010.
  6. ^ Tsuyoshi Sasaki, Yoshio Ukyo & Petr Novák (14 April 2013). "Memory effect in a lithium-ion battery". nature.com.
  7. ^ Ballon, Massie Santos (14 October 2008). "Electrovaya, Tata Motors to make electric Indica". cleantech.com. Cleantech Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-09. Dicapai pada 11 June 2010.
  8. ^ "Explain how lithium batteries work in electric golf carts". LithiumBoost. Dicapai pada 2013-05-09.
  9. ^ Silberberg, M. (2006). Chemistry: The Molecular Nature of Matter and Change, 4th Ed. New York (NY): McGraw-Hill Education. p. 935, ISBN 0077216504.
  10. ^ doi:10.1557/mrs2000.17
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  11. ^ MSDS: National Power Corp Lithium Ion Batteries Diarkibkan 2011-06-26 di Wayback Machine (PDF). tek.com; Tektronix Inc., 7 May 2004. Retrieved 11 June 2010.
  12. ^ a b "How to rebuild a Li-Ion battery pack". Electronics Lab. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-08. Dicapai pada 6 June 2013.
  13. ^ "Inside a notebook battery pack". ZDNet. Rupert Goodwins . August 17, 2006. Dicapai pada 6 June 2013.
  14. ^ Andrea 2010, m/s. 2.
  15. ^ Andrea 2010, m/s. 234.
  16. ^ "Lithium Ion technical handbook" (PDF). Gold Peak Industries Ltd. November 2003. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-10-07. Dicapai pada 2013-11-25. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  17. ^ doi:10.1021/jp030438w
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  18. ^ doi:10.1149/1.1836594
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  19. ^ Wenige, Niemann, et al. (30 May 1998). Liquid Electrolyte Systems for Advanced Lithium Batteries (PDF). cheric.org; Chemical Engineering Research Information Center(KR). Retrieved 11 June 2010.
  20. ^ Balbuena, P.B., Wang, Y.X. (eds) (2004). Lithium Ion Batteries: Solid Electrolyte Interphase, Imperial College Press, London, ISBN 1860943624.
  21. ^ doi:10.1149/1.2086855
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  22. ^ doi:10.1016/j.jpowsour.2007.05.061
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  23. ^ doi:10.1016/j.electacta.2009.04.025
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  24. ^ doi:10.1016/j.jpowsour.2012.01.003
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  25. ^ David Linden, Thomas B. Reddy (ed) (2002 ). Handbook of Batteries 3rd Edition. McGraw-Hill, New York, chapter 35, ISBN 0-07-135978-8.
  26. ^ "Design Review For: Advanced Electric Vehicle Battery Charger, ECE 445 Senior Design Project". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 2013-11-25. 090521 courses.ece.illinois.edu

Bibliografi

  • Winter, M.; Brodd, J. (2004). "What Are Batteries, Fuel Cells, and Supercapacitors?". Chemical Review (PDF) |format= requires |url= (bantuan). 104 (104): 4245. doi:10.1021/cr020730k.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar

Read other articles:

هذه المقالة يتيمة إذ تصل إليها مقالات أخرى قليلة جدًا. فضلًا، ساعد بإضافة وصلة إليها في مقالات متعلقة بها. (ديسمبر 2019) شحنة محكمة الإغلاقCarga Selladaملصق الفيلممعلومات عامةالصنف الفني دراماتاريخ الصدور28 أغسطس 2015 (2015-08-28) (فنزويلا)25 فبراير 2016 (2016-02-25) (بوليفيا)مد

 

Abdullah Hassan Al-Sulaiti adalah Mayor Jenderal Angkatan laut Qatar, sedikit informasi tentang biografi Abdullah Hassan Al-Sulaiti. Abdullah Hassan Al-SulaitiAbdullah Hassan Al-Sulaiti Tahun 2021LahirTidak diketahuiQatarPengabdian QatarDinas/cabangAngkatan Laut QatarPangkatMayor Jenderal Referensi

 

Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini.Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala.Tag ini diberikan pada Februari 2023. Standard Bank CentreThe Standard Bank Centre, Fox StrInformasi umumStatusRampungJenisBusiness-useLokasiJohannesburg, South AfricaRampung1970TinggiAtap82 meter (269 ft)Data teknisJumlah lantai31Desain dan konstruksiArsitekHentrich Petschnigg &...

Motor racing circuit in New South Wales Mount PanoramaThe MountainLocationBathurst, New South Wales, AustraliaTime zoneUTC+10:00Coordinates33°26′51″S 149°33′23″E / 33.44750°S 149.55639°E / -33.44750; 149.55639FIA Grade3Opened17 March 1938; 85 years ago (1938-03-17)Major eventsCurrent:SupercarsBathurst 1000 (1963–present)Mount Panorama 500 (1966, 1969–1970, 1972, 1995–1996, 2021)Intercontinental GT ChallengeBathurst 12 Hour (1991–19...

 

Argentine politician and political scientist Laura AlonsoSecretary of Public Ethics, Transparency and the Fight against CorruptionIn office10 December 2015 – 10 December 2019Preceded byJulio VitobelloSucceeded byFelix Crous[1]National DeputyIn office10 December 2009 – 10 December 2015ConstituencyCity of Buenos Aires Personal detailsBorn (1972-12-23) 23 December 1972 (age 50)Buenos Aires, ArgentinaPolitical partyRepublican ProposalOther politicalaffiliationsC...

 

Petrikirche in Riga, Lettland, mit drei Laternen und drei leicht gebauchten Kuppeln und einer Haube mit Spitzhelm Als Laterne (altgriechisch λαμπτήρ lamptér = „Leuchter“, „Fackel“; englisch lantern; französisch lanterne) oder Dachlaterne wird ein runder, quadratischer oder polygonaler pavillonartiger Aufsatz auf einem Gebäude bezeichnet. Er kann zur Seite hin offen oder durchfenstert sein; nach oben ist er zumeist geschlossen. In der Regel folgt die Grundrissform der Laterne...

Brazilian television presenter and model (born 1979) Helen GanzarolliGanzarolli in 2012Born (1979-09-29) 29 September 1979 (age 44)Presidente Venceslau, São Paulo, BrazilOccupationsTelevision presentermodelYears active2000–presentHeight1.76 m (5 ft 9 in)Spouse César Kuratomi ​(m. 2018)​Websitewww.helenganzarolli.com.br Helen Ticiane Ganzarolli (born 29 September 1979) is a Brazilian television presenter and model. Career She began her ...

 

1970 film by Tapan Sinha Sagina MahatoFilm posterDirected byTapan SinhaWritten byGour Kishore GhoshProduced byJ. K. KapurHemen GangulyStarringDilip KumarSaira BanuMusic byAnup GhoshalAssistantTapan SinhaRelease date14 April 1970 (1970-04-14)Running time148 minutesCountryIndiaLanguageBengali Sagina Mahato is a 1970 Bengali film produced by Shri J. K. Kapur and directed by Tapan Sinha. The film stars Dilip Kumar and Saira Banu. The film is based on the true story of the labour mo...

 

American novelist Russell Robert Winterbotham (August 1, 1904 – June 9, 1971) was an American writer of western and science fiction genre fiction, and the author of instructional pamphlets and several Big Little Books. He also wrote crime stories and one science fiction novel (The Other World) using the pen name J. Harvey Bond. Another science fiction novel used the pseudonym Franklin Hadley. He also wrote scripts for Fred Harman's western comic Red Ryder.[1] Winterbotham was bo...

French copper and optical fibre cable company Nexans S.A.TypeSociété AnonymeTraded asEuronext: NEXCAC Mid 60 ComponentSBF 120ISINFR0000044448 IndustryManufacturing, technologyFounded2000HeadquartersParis, FranceKey peopleChristopher Guérin (CEO) Jean Christophe Juillard (DG)ProductsPower and data cables for building & territories, high voltage, data and telecoms, renewable energy, oil & gas, automation, transportRevenue€6.4 billion (2017)Operating income€281 million (...

 

Constituency of the Madhya Pradesh legislative assembly in India HuzurConstituency for the Madhya Pradesh Legislative AssemblyConstituency detailsCountryIndiaRegionCentral IndiaStateMadhya PradeshDistrictBhopalLS constituencyBhopalEstablished2008ReservationNoneMember of Legislative Assembly16th Madhya Pradesh Legislative AssemblyIncumbent Rameshwar Sharma PartyBharatiya Janata Party Huzur is one of the 230 assembly constituencies of Madhya Pradesh. It is a part of Bhopal district and came int...

 

「中央標準時」はこの項目へ転送されています。アメリカ合衆国の中央標準時については「中部標準時」をご覧ください。 明石天文科学館、親時計 日本標準時(にほんひょうじゅんじ、英: Japan Standard Time、略語:JST)は、総務省所管の国立研究開発法人情報通信研究機構(NICT)の原子時計で生成・供給される協定世界時(UTC)を9時間(東経135度分の時差)進めた時...

Indian actor Venu ThottempudiThottempudi in 2011Born (1968-06-04) 4 June 1968 (age 55)[1]Kakinada, Andhra Pradesh, IndiaOther namesVenuOccupation(s)Actor, businessmanYears active1999 – 20132022 - presentSpouseAnupama Choudary[2] Venu Thottempudi (born 4 June 1968) is an Indian actor who primarily works in Telugu cinema. He has appeared in several successful Telugu films as a lead actor. Career After finishing his engineering from Dharwad Engineering College, V...

 

2003 video gameDragon Ball Z: TaiketsuDeveloper(s)Webfoot TechnologiesPublisher(s)NA: AtariEU: Bandai EuropeDesigner(s)Patrick Alphonso[3]EngineThe Legacy of Goku seriesPlatform(s)Game Boy AdvanceReleaseNA: November 24, 2003[2]EU: March 26, 2004[1]Genre(s)FightingMode(s)Single-player, Multplayer-player Dragon Ball Z: Taiketsu (ドラゴンボールZ 対決, Doragon Bōru Zetto Taiketsu) is a fighting game developed by Webfoot Technologies and published by Atari It was ...

 

1861 military conflict in Albania This article has multiple issues. Please help improve it or discuss these issues on the talk page. (Learn how and when to remove these template messages) This article is an orphan, as no other articles link to it. Please introduce links to this page from related articles; try the Find link tool for suggestions. (August 2022) This article needs additional citations for verification. Please help improve this article by adding citations to reliable sources. Unso...

1973 studio album by Lucky ThompsonI Offer YouStudio album by Lucky ThompsonReleased1973Recorded1973StudioNew York CityGenreJazzLength38:13LabelGroove MerchantGM 517ProducerSonny LesterLucky Thompson chronology Concert: Friday the 13th - Cook County Jail(1973) I Offer You(1973) I Offer You is an album featuring performances by jazz saxophonist Lucky Thompson which was released on the Groove Merchant label.[1][2] Reception Professional ratingsReview scoresSourceRatingAl...

 

Mezquita del Viernes de Isfahán Patrimonio de la Humanidad de la Unesco Patio de la Gran Mezquita de IsfahánLocalizaciónPaís Irán IránDatos generalesTipo CulturalCriterios iiIdentificación 1397Región Asia y OceaníaInscripción 2012 (XXXVI sesión) Sitio web oficial [editar datos en Wikidata] La Mezquita del Viernes de Isfahán (en persa: مسجد جامع اصفهان‎, Masjid-e-Jāmeh Isfahān) es la gran mezquita de congregación (Jāmeh) de la ciudad de Isfah...

 

1986 Doctor Who serial143c[1] – The Trial of a Time Lord: Terror of the VervoidsDoctor Who serialCastDoctor Colin Baker – Sixth Doctor Companion Bonnie Langford – Mel Bush Others Lynda Bellingham – The Inquisitor Michael Jayston – The Valeyard Honor Blackman – Professor Sarah Lasky Malcolm Tierney – Doland David Allister – Bruchner Michael Craig – Commodore Travers Denys Hawthorne – Rudge Yolande Palfrey – Janet Arthur Hewlett – Kimber Sam Howard – At...

This article is about the town. For the bay, see Waratah Bay. Town in Victoria, AustraliaWaratah BayVictoriaWaratah Bay town centreWaratah BayCoordinates38°48′40″S 146°02′19″E / 38.81111°S 146.03861°E / -38.81111; 146.03861Population56 (2016 census)[1]Postcode(s)3959Location 180 km (112 mi) SE of Melbourne 45 km (28 mi) S of Leongatha 25 km (16 mi) SW of Foster LGA(s)South Gippsland ShireState electorate(s)Gippslan...

 

Fuerte ÁmsterdamFort Amsterdam Vista del fuerteUbicaciónPaís San Martín e Imperio neerlandésLocalidad  San Martín Países BajosCoordenadas 18°00′53″N 63°03′34″O / 18.0148, -63.0595CaracterísticasTipo FuerteConstrucción 1631Ocupantes Compañía Neerlandesa de las Indias Occidentales[editar datos en Wikidata] El Fuerte Ámsterdam[1]​ es una fortificación histórica en la isla caribeña de San Martín,[2]​ cerca de la ciudad...

 

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!