Baskin-Robbins ialah rantaian ais krim yang bersifat global yang diasaskan oleh Burt Baskin dan Irv Robbins pada tahun 1945. Ais krim yang dihasilkan telah digabungkan di Glendale, California. Syarikat ini juga merupakan rantaian pakar ais krim terbesar di dunia[2] dengan mempunyai lebih daripada 5,800 lokasi, yang mana 2,800 cawangan telah tersedia di Amerika Syarikat. Baskin-Robbins telah mengedar ais krim di lebih daripada 30 negara di dunia. Syarikat ini beribu pejabat di Canton, Massachusetts.[2]
Antarabangsa
Baskin-Robbins mempunyai lebih daripada 7,500 lokasi kedai di hampir 50 negara di luar AS, termasuk lokasi di: Armenia, Aruba, Australia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, Kanada, China, Colombia, Curaçao, Denmark, Republik Dominika, Mesir, Honduras, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Kazakhstan, Kuwait, Latvia, Malaysia, Maldives, Mauritius, Mexico, Nepal, Oman, Pakistan, Panama, Filipina, Belanda, Portugal, Puerto Rico, Qatar, Rusia, Arab Saudi , Singapura, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sri Lanka, St. Maarten, Taiwan, Thailand, Tajikistan, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Vietnam dan Yaman. Lokasi-lokasi antarabangsa memaparkan rasa ais krim yang popular kepada citarasa setiap negara, seperti Red Bean, Teh Hijau, Litchi Gold, Currant Black, Cantaloupe, dan Coconut Grove