Bangunan NTT DoCoMo Yoyogi ( NTTドコモ代々木ビル Enutiti Dokomo Yoyogi Biru ? ) adalah bangunan pencakar langit yang terletak di Shibuya di Tokyo , Jepun . Setinggi 240 meter (790 kaki) , ia adalah bangunan ketiga tertinggi di Tokyo . Selepas pemasangan jam pada tahun 2002, bangunan itu menjadi menara jam tertinggi di dunia.
Fungsi
Bangunan NTT DoCoMo Yoyogi dimiliki oleh kumpulan NTT DoCoMo . Ia bukan ibu pejabat bagi syarikat itu, yang ibu pejabatnya terletak di tingkat atas Sanno Park Tower . Bangunan ini menempatkan beberapa pejabat.
Untuk memperingati ulang tahun ke-10 NTT DoCoMo, jam dengan diameter 15 meter telah dipasang pada bulan November 2002. Maka ia menjadiu bangunan menara jam tertinggi di dunia, mengatasi Palace of Culture and Science di Warsawpada tahun 2000. Bahagian atas bangunan itu juga mempunyai lampu berwarna menandakan ramalan cuaca untuk hujan pada hari itu.
Tenaga solar digunakan untuk kuasa bangunan. Sistem sampah automatik bagi mengurangkan pembaziran dan meningkatkan kadar kitar semula. Air sisa dikitar semula untuk digunakan semula, dan air hujan diguna semula untuk tandas bangunan.