Bangunan Kementerian Kewangan dibina pada tahun 1990. Dengan ketinggian 120 meter, ia adalah bangunan ketiga tertinggi di Borneo selepas Wisma Sanyan (126 m) di Sibu dan Bangunan Yayasan Sabah (122 m) di Kota Kinabalu. Bangunan ini menempatkan Kementerian Kewangan Brunei, Lembaga Matawang Brunei dan Monetari serta Agensi Pelaburan Brunei. Kementerian Kewangan terletak lima kilometer di luar Downtown Bandar Seri Begawan. Ia juga merupakan bangunan ke 28 tertinggi di Asia Tenggara.