Marathi merupakan salah satu daripada pelbagai bahasa di India, dan mempunyai sejarah penulisan yang panjang. Ia merupakan bahasa yang dipertuturkan di negeri Maharashtra oleh sekitar 70 juta penduduk. Sebagaimana kebanyakan bahasa India lain, Marathi berasal dari Sanskrit dan dipercayai terpisah dari bahasa lain yang sekumpulan dengannya sekitar seribu tahun dahulu. Nama lain bagi bahasa ini adalah Maharashtra, Maharathi, Malhatee, Marthi, atau Muruthu.