Bahasa Arab Hijaz

Bahasa Arab Hijaz
Asli kepadaWilayah Hijaz, Arab Saudi
Penutur bahasa
(6 juta setakat 1996)e17
Abjad Arab
Kod bahasa
ISO 639-3acw
Glottologhija1235
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa Arab Hijaz (Arab: حجازي ḥijāzī) juga dikenali sebagai Bahasa Arab Barat Jazirah ialah lahjah bahasa Arab yang dituturkan di wilayah Hijaz dalam Arab Saudi (yakni "lahjah Hijaz", Bahasa Arab Fusha: لَهْجَة حِجَازيَّةlahjah Ḥijāzīyah) merangkumi dua kelompok yakni satu oleh kaum badwi dan penduduk pedalaman dan satu yang ditutur penduduk bandar-bandar besar seperti Jeddah, Mekah, Yanbu, Ta'if, dan Madinah.

Lahjah Hijaz bandar kelihatan amat berkait dengan lahjah-lahjah Arab di Sudan Utara dan Mesir Hulu. Bahasa Arab Hijaz mempunyai banyak kesamaan dengan Bahasa Arab Mesir.[1] Lahjah ini juga ditutur oleh kaum orang Rasyaida di Eritrea dan Sudan. Lahjah ini digunakan buat perhubungan harian dan tidak mempunyai kedudukan rasmi; sebaliknya Bahasa Arab Fusha digunakan dalam urusan rasmi, terutamnya di Eritrea di mana bahasa Arab tidak merupakan lingua franca.

Rujukan

  1. ^ "Dialect, Culture, and Society in Eastern Arabia: Glossary". Clive Holes. 2001.

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!