Badrulzaman Abdul Halim (lahir 2 April 1978) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini beraksi bersama Melaka FC di Liga Super Malaysia. Dia merupakan tonggak Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Badrulzaman mendapat panggilan pertama untuk mewakili Malaysia pada perlawanan menentang Indonesia. Dia kemudian terus dipanggil untuk mewakili Malaysia pada Pestabola Merdeka 2008.
Badrulzaman membuat penampilan pertama bersama pasukan kebangsaan ketika bertemu Vietnam bawah 23. Bagaimanapun, perlawanan tersebut tidak dikira sebagai perlawanan bertaraf 'A'. Pada 18 November, 2008, Badrulzaman mendapat kaps rasminya yang pertama.
Pautan Luar