"Membina atau menubuhkan sebuah kerjasama antarabangsa baharu untuk memenuhi keperluan masa depan."
Fokus akan kebolehmampuan.
Dokumen ini memperincikan tempur udara sebagai "sebuah pesawat, sama ada secara insani atau tanpa insani, di mana fungsi utamanya adalah untuk melaksanakan operasi tempur udara ke udara dan/atau udara ke permukaan di persekitaran bergolak dan/atau dipertikaikan, serta mempunyai kemampuan untuk melakukan tugas-tugas pengawasan, peperangan elektronik, kawalan dan arahan."[11]
Pada 16 Julai 2018, Setiausaha Pertahanan Gavin Williamson telah memperkenalkan program Tempest pada Pertunjukan Udara Farnborough sebagai sebahagian daripada Strategi Tempur Udara.[12] Ia adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-6 yang menggabungkan beberapa teknologi baharu, senjata tenaga terarah dan senjata hipersonik.[13]
Pada 19 Julai 2019, Sweden dan United Kingdom telah menandatangani sebuah perjanjian persefahaman untuk meneroka cara-cara membangunkan teknologi tempur udara generasi ke-6.[14] Itali telah mengumumkan penglibatan mereka dalam Team Tempest pada 10 September 2019, semasa DSEI 2019.[15] Kenyataan Niat telah ditandatangani antara badan-badan yang terlibat dari UK dan Itali (Leonardo Italy, Elettronica, Avio Aero dan MBDA Itali).[16] Ia kemudian disahkan dengan tandatangan sebuah perjanjian persefahaman trilateral oleh Itali, Sweden dan UK pada 21 Disember 2020, "mentakrifkan prinsip-prinsip sebuah kerjasama atas dasar sama rata di antara tiga buah negara".[17]
Pada tahun 2019, India dan Jepun juga telah dipelawa untuk menyertai projek ini.[18][19]
Semasa Pertunjukan Farnborough Maya pada bulan Julai 2020, Setiausaha Pertahanan Ben Wallace telah mengumumkan tujuh buah syarikat telah menyertai konsortium Team Tempest iaitu: GEUK, GKN, Collins Aerospace, Martin Baker, QinetiQ, Bombardier di Belfast (kini Spirit Aerosystems) dan Thales UK, bersama-sama dengan universiti-universiti UK dan SME. Syarikat-syarikat ini akan bersama-sama akan membangunkan lebih 60 prototaip teknologi dan aktiviti-aktiviti demonstrasi. Sehingga kini, program ini telah menggaji 1,800 orang dan dijangka akan meningkat sehingga 2,500 orang menjelang tahun 2021.[20] Pengumumkan juga dibuat berkaitan pelaburan awal sebanyak £50m ke dalam projek ini oleh Saab dan pembukaan sebuah pusat Sistem Tempur Udara Masa Depan di UK.[21]
Rekabentuk
Tempest mampu diterbangkan tanpa insani, dan menggunakan teknologi swarming untuk mengawal dron. Ia akan menggabungkan kecerdasan buatan deep learning dan persenjataan tenaga-terarah.[22][23] Teknologi lain yang direka untuk Tempest yang dikenali sebagai Cooperative Engagement Capability, satu keupayaan untuk bekerjasama di medan tempur, dengan berkongsi data penderia dan pesanan untuk mengkoordinasi serangan atau pertahanan.[13] Tempest akan memiliki sebuah adaptive cycle engine dan sebuah kokpit maya yang dipaparkan pada paparan lekapan helmet juruterbang.[24] Sebuah penjana yang menghantar kuasa elektrik "unprecedented levels" juga dibangunkan untuk pesawat ini.[20]
Beberapa rekabentuk utama pesawat Tempest termasuk seksyen fiuslaj belakang yang sedikit ditinggikan, bagi memuatkan salur “bentuk-S” dibelakang inlet enjin berkembar, untuk mengurangkan keratan rentas radar hadapannya.[25]