B-52 Stratofortress

B-52 Stratofortress
Sebuah pesawat B-52H yang berpangkalan di Barksdale AFB, LA
Peranan Pesawat pengebom strategik
Pengeluar Boeing
Penerbangan sulung 15 April 1952
Mula digunakan Februari 1955
Status Aktif: 76[1]
Simpanan: 20[1]
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
NASA
Dikeluarkan 1952-1962
Jumlah dibina 744[2]
Kos seunit B-52B: AS$14.43 juta[3]
B-52H: AS$9.28 juta (1962)
B-52H: AS$53.4 juta(1998)[4]

Boeing B-52 Stratofortress merupakan pengebom strategik jarak jauh berenjin lapan yang diterbangkan oleh tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) selepas 1954, bagi menggantikan Convair B-36 dan Boeing B-47. Walaupun dibina untuk peranan era Perang Dingin pencegahan perang nuklear, keupayaan konvensionalnya pada masa kini adalah semakin penting dalam operasi-operasi USAF, di mana jarak jauhnya, muatan senjata berat dan kos operasi yang ekonomik (berbanding dengan armada kapal pengebom strategik USAF yang lain) adalah sangat berguna.

Misi

YB-52 prototaip. Perhatikan kanopi gelembung yang menyerupai B-47
Fail:B-52 Landung Bremsfallschirm.jpg
Sebuah B 52H Stratofortress dari Skuadron Pengebom Ke-11 menggunakan payung seretannya bagi pendaratan.
Pameran statik Boeing B-52H bersama-sama kelengkapan senjata di Pangkalan Tentera Udara Barksdale, 2006

Pemerintah Tempur Udara B-52 adalah sebagai pesawat pengebom berat yang berupaya melaksanakan pelbagai misi. Pengebom ini berupaya terbang pada kelajuan subsonik pada ketinggian sehingga 50,000 kaki (15 km). Ia mampu membawa pelbagai senjata, termasuk nuklear atau bom berpandu tepat biasa dan mempunyai keupayaan untuk terbang ke mana sahaja di dunia dengan tepat. Pada asalnya, ia direka hanya bagi membawa dua senjata termonuklear besar kepada mana-mana sasaran di USSR.

Selama lebih 50 tahun, B-52 Stratofortress telah menjadi tulang belakang bagi pasukan pengebom dikendali bagi Amerika Syarikat. B-52 berupaya menggugurkan atau melancar pelbagai senjata dalam simpanan Amerika Syarikat, termasuk jatuh bebas (bom graviti), bom kelompok, dan peluru kendali jitu seperti Peluru Serangan Langsung Bersama. Bila dikemaskinikan dengan teknologi terbaru, B-52 mampu menghantar keseluruhan julat senjata dibangunkan bersama; membenarkannya untuk terus berkhidmat sehingga ke abad ke-21 sebagai unsur penting bagi keupayaan tentera US. Analisis kejuruteraan semasa menunjukkan jangka hayat B 52 dilanjutkan melebihi tahun 2045.

Dua prototaip B-52 telah dibina, dan adalah ditandakan XB-52 dan YB-52. Sebenarnya, kedua-dua pesawat hampir sama, kecuali YB-52 dilengkapi perubahan yang cukup bagi diberikan reka bentuk berbeza. Perbezaan paling ketara antara prototaip dan B-52A adalah pesawat X dan Y mengunakan kokpit berdua selari untuk juruterbang dan pembantu juruterbang, menyerupai seperti di B-47. Kokpit untuk B-52A direka bentuk sepenuhnya di atas desakan Jeneral Curtis LeMay, Komander Perintah Udara Strategik, yang menentang kedudukan selari. Walaupun XB-52 adalah prototaip pertama untuk dilengkapkan dan dihasilkan, YB-52 merupakan yang pertama terbang - pada 15 April 1952 - diakibatkan oleh kerosakan pada hujung sayap belakang XB-52 disebabkan kegagalan sistem hidraulik. XB-52 akhirnya terbang untuk kali pertama pada 2 Oktober 1952. Malangnya, kedua-dua pesawat ini dilupuskan pada pertengahan 1960-an, walaupun YB-52 boleh dilihat di Muzium USAF dari akhir 1950-an sehingga tempoh masa is diputuskan untuk dilupuskan.

B-52A yang pertama mulai terbang pada Ogos 1954 dan model B memasuki perkhidmatan pada tahun 1955. Sejumlah 744 B-52 telah dibina dengan pesawat terakhir, B-52H, dihantar dalam Oktober 1962. Hanya model H yang masih dalam simpanan Tentera Udara dan ditugaskan kepada Perintah Tempur Udara dan Tentera Udara Simpanan. B-52 tertua yang masih terbang telah dibina pada tahun 1955, sungguhpun ia turut memiliki waktu penerbangangan paling sedikit daripada mana-mana B-52 yang masih ada. Ia dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Penerbangan Dryden Nasa dan telah digunakan untuk ujian jatuh bagi pelbagai penyelidikan pesawat sehingga persaraannya pada 17 Disember 2004. Pada 30 Julai 2001, Dryden menerima sebuah B-52H yang dijangka untuk menggantikan pesawat model B yang lebih tua pada akhir 2004.

102 B-52H yang pertama dihantar kepada Perintah Udara Strategik pada Mei 1961. Model H mampu membawa sehingga 20 peluru berpandu kruise lancaran udara. Di samping itu, ia boleh membawa peluru berpandu kruise biasa yang telah dilancarkan dalam beberapa kejadian semasa 1990-an, bermula dengan Operasi Ribut Padang Pasir dan memuncak dengan Operasi Pasukan Bersekutu dalam musim bunga 1999.

Ancaman serangan B-52 mendorong Kesatuan Soviet berundur daripada ancamannya bagi menempatkan peluru berpandu nuklearnya di Cuba pada Krisis Peluru Berpandu Cuba pada tahun 1962.

Untuk tugas di Vietnam, B-52D diberikan pengubahsuaian "Perut Besar - Big Belly" yang membolehkan kapal terbang itu memuatkan 84 bom 500-paun biasa atau 42 bom 750-paun ke dalam ruang bom, termasuk juga 24 bom 750-paun pada penyangkut bawah sayap.

Tugas Mengawas

Sebahagian pasukan B-52 disediakan dengan minyak penuh, dikendali dan diisi dengan senjata nuklear agar ia boleh berlepas dengan amaran beberapa minit. Rancangannya adalah untuk kapal terbang berlepas dari pengkalan mereka, yang akan dimusnahkan oleh kepala peledak peluru berpandu musuh. B-52 akan terselamat dan bergerak kearah sasaran mereka. Dalam perjalanan, setiap B-52 akan bertemu dengan sekurang-kurangnya satu KC-135 Stratotanker. Kapal terbang tangki KC-135 akan mengisi minyak pesawat pengebom, walaupun mengorbankan bekalan mereka sendiri. Setiap titisan bahan api akan diberikan kepada pesawat pengebom, dengan itu mengorbankan kapal terbang tangki bagi memastikan kejayaan misi mereka.

Awal-awal dulu, serangan pengeboman altitud tinggi atas Kesatuan Soviet telah dipertimbangkan sebagai mungkin. B-52 membawa pengumpan ADM-20 Quail, yang menyaingi ciri-ciri penerbangan B-52, terbang melalui wilayah musuh sambil menghasilkan isyarat-isyarat elektronik B-52. Bagaimanapun, pada akhir 1950-an dan 1960-an, sistem pertahanan udara Soviet telah dipertingkatkan. Untuk menyaingi ini, pasukan B-52 di latih bagi melancarkan peluru berpandu tanpa kendali Hound Dog dan kemudian Peluru Berpandu penyerang jarak dekat hipersonik AGM-69 dan kemudiannya terbang menyerang "di bawah radar" hampir pada ketinggian puncak pokok.

Laluan Pengawasan Nuklear Bawaan Udara B-52

B-52 turut melaksanakan tugas waspada bawaan udara dangan menggunakan nama kod nama "Chrome Dome" di mana pesawat pengebom akan berlegar pada satu tempat di luar Kesatuan Soviet. Sepanjang program ini satu pertembungan yang merbahaya antara satu B-52 dan satu KC-135 di ruang udara Sepanyol berlaku pada tahun 1966. Empat megaton bom nuklear telah hilang (semua empat kemudiannya dijumpai). Selepas nahas ini, beribu tan tanah yang dicemari bahan radioaktif telah dibawa balik ke Amerika Syarikat. USAF memutuskan bahawa ini adalah terlalu mahal untuk diulangi lagi, dan ia mengakhiri program waspada.

Serangan Arab ke atas Israel pada tahun 1973, dan berikut ancaman pencerobohan Soviet ke atas Israel, menyebabkan B-52 berada pada tahap waspada darat tertinggi (lihat di bawah).

Pada lewat 1960-an dan 1970-an, profil misi B-52 berubah. Ketika pertahanan udara Soviet semakin meningkat, misi-misi penembusan pengeboman jatuh bebas altitud tinggi hampir terbukti membunuh diri. Pesawat pengebom diubah-suai untuk melancarkan peluru berpandu "penindasan pertahanan" yang direka untuk mewujudkan koridor selamat di mana pesawat pengebom boleh melaluinya untuk menyerang sasaran-sasaran mereka dengan bom jatuh bebas. Peluru berpandu AGM-28 Hound Dog supersonik pada asalnya direka bagi matlamat ini sehingga diganti oleh peluru berpandu penyerang jarak dekat hipersonik. Kedua-dua peluru berpandu membawa kepala peledak nuklear.

Dengan penggunaan peluru berpandu kruise AGM-86, B-52 boleh melaksanakan peranan "persediaan" melancarkan peluru berpandu kruise kearah sasaran mereka sementara pesawat pengebom boleh mengelak pertahanan Soviet dengan selamat. AGM-86 tanpa pemandu akan terbang kearah sasaran mereka pada ketinggian puncak pokok, mencecah kelajuaan hampir Mach. Usaha pembangunan tentera Soviet Union untuk mempertahankan diri daripada serangan peluru kruise amat mahal dan dipercayai ini mendorong kepada kejatuhan kerajaan Soviet Union.

Pada tahun 1991 President George H.W. Bush mengakhiri satu era apabila dia meletakkan B-52 keluar dari tugas "waspada".

Rekod Tempur

B-52 telah digunakan dengan meluas dalam Perang Vietnam. Tentera Vietnam Utara (North Vietnamese Army (NVA)) amat takut dengan serangan B-52. Mereka yang terselamat menggambarkan pengalaman sama seperti gempa bumi. Kuasa tembakan B-52 yang amat menjahanamkan menjadikannya sebagai senjata yang ditakuti yang digunakan terhadap Laluan Ho Chi Minh. B-52 digunakan bagi mengugurkan bom pada sasaran yang disyaki sebagai tapak simpanan senjata dan persembunyian musuh pada laluan musuh, dan sering kali mengakibatkan kerugian besar pada pasukan Komunis.

Sumber bagi yang berikutan: Michel L. Marshall III, "The Eleven Days of Christmas: America's Last Vietnam Battle", Encounter Books, San Francisco, 2002.

Pada tahun 1991 Presiden George HW Bush mengakhiri satu era apabila beliau menghentikan tugas "mengawas" B-52.

Kemuncak serangan B-52 di Vietnam adalah Operasi Linebacker II, yang membabitkan gelombang B-52 (kebanyakannya model D, tetapi sesetengah model G dengan peralatan pengganggu dan bom yang lebih kecil) mengeboman Hanoi. Ini dikenali sebagai "Perang Sebelas-Hari." Matlamatnya adalah bagi memaksa Vietnam Utara kembali kepada Perindingan Perdamaian Paris, yang ketika saat itu ditolak oleh mereka. Dalam operasi Linebacker II, lima belas B-52 telah ditembak jatuh, tujuh belas dimusnahkan semasa perperangan.

Selepas Vietnam

Bertugas bagi pasukan Operasi Bersekutu, B-52H Stratofortresses berlepas daripada RAF Fairford, United Kingdom, untuk menyerang sasaran dalam Persekutuan Republik Yugoslavia. Perang Yom Kippur pada Oktober 1973 melihat Kesatuan Soviet mengancam untuk menceroboh Israel sebagai sokongan kepada serangan oleh Mesir dan Syria. Bagi menghentikan Soviet, Presiden Richard M Nixon mengancam peperangan nuklear. Setiausaha Pertahanan Melvin Laird mengarahkan B-52 pada kedudukan perang segera. Dilengkapi senjata dan di isi minyak, B-52s menunggu untuk isyarat "pergi", duduk di garis persediaan landasan mereka. Kesatuan Soviet mengalah dan tidak terbabit secara lansung dalam perperangan itu.

Pada lewat 1970-an, B 52D telah dibersarakan. Baki model G dan H telah digunakan sebagai pengganti tugas ("waspada") nuklear (lihat di atas) sebagai sebahagian daripada pencegahan nuklear Amerika Syarikat "bertiga." Bertiga ini adalah gabungan peluru berpandu senjata nuklear berpengkalan di darat, peluru berpandu senjata nuklear berpengkalan di kapal selam, dan kapal terbang pengebom "waspada".

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, B-52G telah dimusnahkan sebagai mengikut syarat-syarat Perjanjian Penurunan Senjata Strategik (START). Hari ini, hanya model H kekal dalam perkhidmatan.

B-52 menyumbang kepada kejayaan US dalam Operasi Kebebasan Lama Bertahan (Operation Enduring Freedom ) di Afghanistan, menyediakan keupayaan untuk berlegar tinggi di ruang udara medan perang dan menyediakan Bantuan Udara Dekat Close Air Support - (CAS) melalui penggunaan pelury berpandu tepat. Jarak jauh dan ketahanan B-52 memberikan Amerika Syarikat kehadiran yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pesawat tempur lain. B 52 turut memainkan satu peranan utama dalam Perang Teluk kedua pada 2002-2003 (Operasi Pembebasan Iraq- (Operation Iraqi Freedom)), di mana mereka membekalkan pengeboman dan sokongan udara rapat.

Tentera Udara bercadang bagi mengekalkan pesawat B-52 dalam perkhidmatan sehingga sekitar 2050, satu tempoh perkhidmatan untuk satu model pesawat pertempuran yang belum pernah berlaku (DC-3 yang dihormati, sekarang 70 tahun tua, masih dalam perkhidmatan tetapi dalam tangan penerbangan orang awam). Ini amatlah mengagumkan jika dipertimbangkan bahawa pesawat terakhir telah dibina pada tahun 1962; Tentera Udara menjangka dapat mengekalkan pesawat yang telahpun berusia 90 tahun. Secara berkala, B-52 dibaikpulih semula di gudang penyenggaraan USAF seperti Pangkalan tentera Udara Tinker, Oklahoma. Oleh itu, walaupun umur kronologi mereka, umur perkhidmatan sebenar mereka adalah agak pendek.

Boeing telah menyarankan bahawa armada B-52H ditukar enjin dengan Rolls-Royce RB211 534E-4. Ini akan melibatkan penggantian lapan enjin Pratt & Whitney TF33 (jumlah tujahan 8 x 17,000 paun atau 30.574 kN) dengan empat RB211 (jumlah tujahan 4 x 37,400 paun atau 33.191 kN). Enjin RR akan meningkat julat/muatan armada dan mengurangkan penggunaan minyak. Bagaimanapun kos projek agak tinggi. Pemerolehan akan membabitkan kira-kira $2.56 bilion ($36 juta pesawat × 71). Kajian cadangan oleh sebuah Pejabat Perakaunan Am merumuskan bahawa anggaran penjimatan Boeing sebanyak $4.7 bilion tidak akan tercapai. Mereka mendapati bahawa ia boleh mengakibatkan Tentera Udara pembabitkan kos sebanyak $1.3 bilion bagi mengekalkan enjin sekarang.

Satu lagi penaik taraf bagi B-52 adalah program B-52 SOJ (Stand Off Jammer - Penganggu Jauh) yang akan membolehkannya untuk memainkan peranan peranan komunikasi/Pengganggu bawaan udara. Kira-kira seperempat daripada keseluruhan armada akan ditukarkan kepada misi ini, dengan Tentera Udara mencari pembiayaan untuk menukar seluruh armada. B-52 SOJ akan mengekalkan kesemua fungsi-fungsi dan keupayaan-keupayaan pengebomnya, bagaimanapun sekarang selepas meningkatkan muatan senjatanya, ia akan terus berlegar disekitar kawasan pertempuran menyediakan peperangan elektronik bagi melindungi serengan seterusnya. Peralatan tambahan akan dibawa dalam lenggai 30 kaki di bawah sayap luarnya.

USAF terus untuk menggunakan B-52 kerana ia kekal sebagai pengebom berat yang paling ekonomi dan berkesan dalam perkhidmatan tentera udara Amerika Syarikat, terutamanya bagi jenis konflik yang dijalankan selepas tamatnya Perang Dingin menentang negara/negeri yang mempunyai keupayaan anti udara terhad. Ciri senyap dan kepantasan B-1 Lancer dan B-2 Spirit hanya berguna apabila pertahanan udara musuh telah dimusnahkan, satu tugas yang dicapai dengan cepat dalam konflik akhir-akhir ini. B-52 mencapai kadar keupayaan misi tertinggi di antara tiga jenis pengebom berat yang dikendalikan oleh USAF. Manakala B-1 biasa satu 57% kadar bersedia dan B-2 mencapai 26% pada tahun 1997, purata B-52 adalah kadar 80% sedia tempur.

USAF terus untuk menggunakan B-52 kerana ia kekal sebagai pengebom berat yang paling ekonomi dan berkesan dalam perkhidmatan tentera udara Amerika Syarikat, terutamanya bagi jenis konflik yang dijalankan selepas tamatnya Perang Dingin menentang negara/negeri yang mempunyai keupayaan anti udara terhad. Ciri senyap dan kepantasan B-1 Lancer dan B-2 Spirit hanya berguna apabila pertahanan udara musuh telah dimusnahkan, satu tugas yang dicapai dengan cepat dalam konflik akhir-akhir ini. B-52 mencapai kadar keupayaan misi tertinggi di antara tiga jenis pengebom berat yang dikendalikan oleh USAF. Manakala B-1 biasa satu 57% kadar bersedia dan B-2 mencapai 26% pada tahun 1997, purata B-52 adalah kadar 80% sedia tempur.

Ciri-ciri

Dalam konflik konvensional, B-52 dapat melaksanakan serangan strategik, penguasaan udara, serangan balas udara dan operasi maritim. Semasa Operasi Ribut Padang Pasir, B 52 melancarkan hampir 40% daripada semua yang digunakan oleh pasukan campuran.

Semua B-52 dilengkapi dengan sistem pandang optik elektro yang menggunakan infra pandang hadapan platinum silisida dan pengesan televisyen resolusi tinggi tahap cahaya rendah untuk membantu pensasaran, penilaian tempur, dan keselamatan penerbangan, dengan itu meningkatkan lagi keupayaan tempur dan keupayaan penerbangan tahap rendah.

Juruterbang memakai cermin mata keledar penglihatan malam (night vision goggles - NVGs) bagi meningkatkan pandangan malam mereka semasa operasi malam. Gogal penglihatan malam memberikan lebih selamat semasa operasi malam dengan meningkatkan keupayaan juruterbang untuk melihat muka bumi dengan jelas, mengelak radar musuh dan melihat pesawat lain ketika secara sulit/tanpa lampu.

Tambahan kepada roda utama berkembar, B-52 mempunyai dua "roda kecil" boleh simpan berhampiran penghujung sayap yang digunakan semasa berlepas dan ketika kapal terbang bergerak di landasan atau disimpan. Ini menghalang hujung sayap yang lendut daripada menyapu tanah.

Spesifikasi (B-52H)

Orthographically projected diagram of the Boeing B-52 Stratofortress.
Orthographically projected diagram of the Boeing B-52 Stratofortress.
B-52H
B-52H
Paeran statik pesawat Boeing B-52H bersama-sama jenis persenjataannya di Barksdale AFB pada tahun 2006.

Data dari Knaak,[5] USAF fact sheet,[6] Quest for Performance[7]

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 1× 20 mm meriam M61 Vulcan dengan kawalan jauh untuk turet ekor telah ditanggalkan dan dilucut tauliah daripada kesemua pesawat yang beroperasi
  • Bom: Kira-kira 70,000 paun (31,500 kg) campuran persenjataan -- bom, periuk api, peluru berpandu, di dalam pelbagai konfigurasi [6]

Avionik

Sistem penglihatan elektro-optik yang menggunakan platinum silicide, inframerah pandang hadapan dan penderia TV aras rendah beresolusi tinggi [9]

Rujukan

  1. ^ a b "Status", 18 January 2009. Retrieved 24 February 2009.
  2. ^ Knaack, 1988, p. 291.
  3. ^ Knaack 1988
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama factsheet
  5. ^ Knaack 1988, pp. 292-294.
  6. ^ a b c d "Fact Sheet B-52 Superfortress". Minot Air Force Base, United States Air Force, October 2005. Retrieved 12 January 2009.
  7. ^ Loftin, L.K. Jr. NASA SP-468, Quest for Performance: The Evolution of Modern Aircraft. NASA, 1985. Retrieved: 22 April 2006.
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Baugher H
  9. ^ bagi bantuan bidikan, penilaian tempur dan keselamatan penerbangan. Ia meningkatkan keupayaan tempur dan keupayaan terbang pada aras rendah B-52 Electro Optical Viewing

Pautan luar

Templat:Pesawat pengebom Tentera Udara A.S

Strategi Solo vs Squad di Free Fire: Cara Menang Mudah!