Di dalam
nama orang Melayu, tiada
nama keluarga. Nama
Awang Sahari merupakan nama bapa, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan,
Awang Ahmad Sah.
Datuk Awang Ahmad Sah bin Awang Sahari ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) bagi kawasan Petagas sejak September 2020. Beliau ialah anggota Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan bekas anggota Parti Warisan (WARISAN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Beliau juga ialah abang kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari.[1][2]
Pada 27 Februari 2023, Awang Ahmad Sah meninggalkan WARISAN untuk menyertai GAGASAN, dan menjadi ADUN WARISAN ke-10 meninggalkan parti itu sejak Pilihan raya negeri Sabah 2020.[3]
Keputusan pilihan raya
Dewan Undangan Negeri Sabah[4][5]
Tahun
|
Kawasan
|
Calon
|
Undi
|
Per.
|
Lawan
|
Undi
|
Per.
|
Jumlah undi
|
Majoriti
|
Turun undi
|
2013
|
Petagas
|
|
Awang Ahmad Sah Awang Sahari (STAR)
|
1,111
|
8.62%
|
|
Yahyah Hussin (UMNO)
|
8,504
|
66.00%
|
12,884
|
5,653
|
83.03%
|
|
Mat Yunin @ Mohd Yunin Atin (PKR)
|
2,851
|
22.13%
|
2020
|
|
Awang Ahmad Sah Awang Sahari (WARISAN)
|
4,125
|
43.23%
|
|
Arsit Sidik (BERSATU)
|
3,864
|
40.49%
|
9,542
|
261
|
69.33%
|
|
Paul Nointien (BEBAS)
|
572
|
5.99%
|
|
Ahmad Farid Sainuri (PCS)
|
355
|
3.72%
|
|
Jecky Lettong @ Thaddeus Jack (LDP)
|
118
|
1.24%
|
|
Mohamad Kulat (PGRS)
|
33
|
0.35%
|
Anugerah
- Sabah :
- Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2019) [6]
Rujukan