Maria Louise Joensen (lahir pada 21 Januari 1985 di Copenhagen, Denmark), atau lebih dikenali sebagai Aura Dione, adalah seorang penyanyi-penggubah laguDenmark yang berbangsa Faroe, Sepanyol, Perancis dan Denmark.[1][2][3][4] Pada tahun 2008, beliau mengeluarkan album, Columbine yang seperti pada tahun 2011 telah mencapai jualan sebanyak 100,000 di seluruh dunia. Album tersebut mencapai puncak single hit "I Will Love You Monday (365)" yang mana mendapat tempat pertama di Jerman, dan telah disahkan platinum untuk penghantaran 300,000 naskhah.
Kerjaya muzik
Kehidupan awal (1985–2006)
Aura Dione dilahirkan dengan nama Maria Joensen pada 21 Januari 1985 di Copenhagen, Denmark. Ibunya yang berketurunan Faroe dan Perancis manakala bapanya berketurunan Denmark dan Sepanyol telah mengenalkan beliau kepada dunia muzik, dan lagu pertama telah ditulis beliau ketika masih berusia seawal 8 tahun.[5] Ibu bapanya adalah merupakan hipi dan belayar mengelilingi lautan dunia dengan beliau sebagai seorang kanak-kanak sehingga berusia 7 tahun dan diberi kediaman di Bornholm. Di sini, beliau telah memulakan persekolahan dan mendaftar sebagai seorang remaja di sekolah tinggi, tetapi selepas itu dia memilih untuk berpindah ke Australia di mana dia mendapat inspirasi dari orang Asli. Ini akhirnya menyebabkan terhasilnya lagu "Something From Nothing".
Columbine dan kejayaan antarabangsa (2007–2010)
Beliau memulakan kerjaya pada musim panas tahun 2007 dengan single "Something From Nothing", tetapi beliau juga telah mencapai kejayaan dengan trek "Song for Sophie" - kedua-duanya dari album Columbine, yang dikeluarkan pada tahun 2008. Single "I Will Love You Monday" telah mendapat No.1 di Eropah, di mana ia telah dikeluarkan dalam versi yang diperluaskan dengan tajuk "I Will Love You Monday (365)".
Before the Dinosaurs (2011–sekarang)
Aura mengeluarkan album studio antarabangsanya yang kedua "Before the Dinosaurs" pada 4 November 2011. Lagu single pertama dikeluarkan ialah "Geronimo" yang dihasilkan oleh David Jost dan melangkah terus ke #1 dalam carta rasmi Jerman, iaitu German Media Control Charts.[6] Dalam tahun yang sama Aura Dione telah memenangi European Border Breakers Award bagi kejayaan beliau di peringkat antarabangsa.[7] Aura Dione baru-baru ini telah mengeluarkan single kedua beliau iaitu "Friends" yang termasuk dalam album hit antarabangsa beliau Before the Dinosaurs. Lagu ini ditulis dan dihasilkan oleh David Jost dan Rock Mafia dan baru-baru ini telah mencapai carta rasmi Jerman, iaitu German Radio Charts #1. "Friends" adalah single Radio #1 Dione yang ketiga.[8]
^Staun, Simon (12 Ogos 2010). "Aura svævede over Clinton"(PDF) (dalam bahasa Bahasa Denmark). Fyens Stiftstidende. Dicapai pada 2 November 2011. Cite journal requires |journal= (bantuan); Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
^Eriksen, Jan. "En aura af succes". B.T. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-24. Dicapai pada 2 November 2011. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
^"SNS IFPI" (dalam bahasa Bahasa Slovakia). Hitparáda – Radio Top100 Oficiálna. IFPI Czech Republic. Dicapai pada 14 April 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Austria single certifications – Aura Dione – Geronimo" (dalam bahasa Bahasa Jerman). IFPI Austria.CS1 maint: unrecognized language (link)Enter Aura Dione in the field Interpret. Enter Geronimo in the field Titel. Select single in the field Format. Click Suchen
^"Austria single certifications – Aura Dione – Friends" (dalam bahasa Bahasa Jerman). IFPI Austria.CS1 maint: unrecognized language (link)Enter Aura Dione in the field Interpret. Enter Friends in the field Titel. Select single in the field Format. Click Suchen